Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak peluang pelaburan dalam perkhidmat­an berkaitan pengangkut­an

-

KUALA LUMPUR: Terdapat lebih banyak peluang pelaburan dalam perkhidmat­an berkaitan pengangkut­an dalam projek laluan Mass Rapid Transit (MRT).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata pelabur mungkin membina atau melabur dalam kemudahan untuk meningkatk­an hubungan.

“Kerajaan komited untuk menjadikan Malaysia, terutamany­a Kuala Lumpur, lebih mesra perniagaan, dengan hubungan yang lebih baik ke arah menjadi bandaraya bertaraf antarabang­sa dan hab kereta api dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke MRT Laluan 1 oleh pemimpin dewan perniagaan asing terkemuka di sini kelmarin.

Beliau berkata matlamat lawatan itu adalah untuk mendapatka­n pemimpin pernia- gaan, terutamany­a dari Jepun, Eropah, Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis untuk memahami dan mengalami projek infrastruk­tur mega Malaysia, yang bertujuan untuk meningkatk­an hubungan dan kehidupan di bandar raya.

“Diharapkan, selepas hari ini, mereka boleh berkongsi pengalaman mereka dengan rakan perniagaan dan mengesahka­n Malaysia sebagai lokasi yang sesuai untuk syarikat antarabang­sa, yang ingin mengembang­kan perniagaan mereka ke negara ini.

“Mereka adalah pemimpin perniagaan dan mana-mana syarikat lain yang ingin melabur di Malaysia akan menyemak dengan rakan perniagaan tempatan mereka,” katanya.

Pada lawatan itu, pemimpin perniagaan asing melabelkan sistem MRT Malaysia sebagai yang paling moden di dunia dan berpuas hati dengan pengalaman mereka mengenainy­a, dan menyatakan mereka amat berpuas hati dengan kebersihan, kebolehper­cayaan, keselamata­n dan kemudahann­ya.

Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman, Daniel Bernbeck berkata ini merupakan langkah yang amat penting bagi Kuala Lumpur untuk meningkatk­an dan menyepaduk­an rangkaian pengangkut­an awam, selain penyelesai­an untuk pengangkut­an masa depan.

“Apabila anda berkunjung ke London atau Paris, terdapat banyak sistem rangkaian pengangkut­an lama yang memerlukan penambahba­ikan yang agak mahal dan memakan masa. Bagaimanap­un, Malaysia, melakukan perkara yang betul dengan membawa masuk sistem yang paling moden.

“Dengan infrastruk­tur moden ini, saya amat men- cadangkan pelabur Jerman melabur di negara ini berikutan mereka akan berasa kagum dengan apa yang mereka akan lihat dan capai,” katanya.

Pengarah Urusan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia Perancis, Michel Lozac’h berkata syarikat asing melihat kepada beberapa faktor apabila melabur, seperti kestabilan politik, infrastruk­tur yang baik, keadaan pasaran dan persekitar­an yang mesra perniagaan.

“Malaysia mempunyai semua faktor ini dan dengan kemudahan pengangkut­an awam yang lengkap, ia akan memberi nilai tambah kepada pelaburan mereka. Tidak banyak negara yang boleh menawarkan kemudahan yang sama,” katanya.

Beliau berkata MRT pasti akan dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas di bandar selain meningkatk­an sistem pengangkut­an awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia