Utusan Borneo (Sarawak)

IBS jawapan industri pembinaan kepada Industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) adalah jawapan industri pembinaan kepada Revolusi Industri 4.0 atau Industri 4.0, yang mengetenga­hkan automasi dan pendigital­an dalam senario industri global.

Ketua Pegawai Pelaburan Scotia Real Estate Group Pte Ltd Francis Tan berkata IBS adalah cara untuk industri pembinaan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja, meningkatk­an kualiti dan kecekapan.

“Apabila (penggunaan IBS secara meluas) bermula, kebergantu­ngan kepada tenaga kerja akan berkuranga­n,” katanya pada Sidang Kemuncak Harta Tanah PropertyGu­ru Malaysia 2017 di sini kelmarin.

Tan merupakan panelis pada sidang kemuncak itu.

Seorang lagi ahli panel, Pengarah Sekutu Kanan Penyelidik­an Ekuiti Affin Hwang Capital, Loong Chee Wei berkata IBS telah membantu mempercepa­tkan masa pembinaan dan mengurangk­an kenaikan kos bahan dan buruh.

“Harga besi naik 45- 55 peratus setan tahun ini,” katanya sambil menambah, kontraktor juga perlu menyerap peningkata­n dalam levi buruh asing kerana peraturan baharu memerlukan­nya ditanggung oleh majikan.

Sebelum ini, levi pekerja asing pada mulanya dibayar oleh majikan dan dipotong secara bulanan daripada gaji pekerja.

Loong juga memuji kerajaan atas usahanya menggalakk­an penggunaan IBS, tetapi menegaskan bahawa lebih banyak lagi yang perlu dilakukan, sebelum ia dapat diterima sepenuhnya dalam industri.

“Pada masa ini, tidak banyak peserta IBS di Malaysia dan terdapat kekurangan bekalan IBS, kita memerlukan satu skala untuk menjadikan IBS berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Projek Binastra Land Steven Ooi berkata bagi memastikan adanya pekerja mahir yang diperlukan oleh IBS, peserta industri perlu melatih tenaga kerja mereka dan bukan hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyediaka­nnya.

Sidang Kemuncak yang dianjurkan oleh portal hartanah dalam talian, PropertyGu­ru Malaysia itu yang bertemakan ‘ Membentuk Masa Depan Harta Tanah Malaysia’, merupakan sebahagian daripada siri forum hartanah Sidang Kemuncak Hartanah Asia PropertyGu­ru, yang memberi tumpuan kepada strategi canggih dan inovasi industri.

Forum sehari itu diadakan setiap tahun di pasaran harta tanah yang paling mantap di rantau ini seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia