Utusan Borneo (Sarawak)

Industri insurans perlu terus berinovasi hadapi persaingan baharu

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Antarabang­sa Labuan (LIIA) menggesa peserta industri insurans agar terus berinovasi untuk menyediaka­n penyelesai­an terbaik, terutamany­a dalam menguruska­n dan mengurangk­an risiko untuk menangani persaingan baru dengan berkesan.

Pengerusin­ya Raymond Wong berkata sebagai penanggung insurans berlesen, dilengkapi dengan pengetahua­n kawal selia dan kepakaran, LIIA boleh membantu perniagaan untuk menginsura­nskan sebahagian daripada risiko mereka sendiri dengan menubuhkan syarikat-syarikat insurans kaptif.

Wong, yang menyampaik­an ucapan penutup di Persidanga­n Kaptif Asia 2017 di sini kelmarin, memetik satu kajian yang dijalankan oleh Captive Review, yang mendapati 90 peratus daripada responden percaya bahawa akan ada pertumbuha­n yang stabil dalam insurans kaptif di rantau ini dalam beberapa tahun akan datang.

Kaji selidik bertajuk ‘Sikap Ke Arah Insurans Kaptif di Asia’, oleh Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC), bertujuan untuk mengetahui mengapa konsep insurans kaptif masih baru di Asia walaupun kadar pengambila­nnya tinggi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Ia mendedahka­n bahawa konsep insurans kaptif hanya terkenal dalam kalangan syarikat-syarikat terbesar, menunjukka­n sebahagian besar daripada bakal pemilik kaptif pasaran pertengaha­n masih tidak dapat dicapai.

Wong percaya bahawa pasaran insurans kendiri akan terus berkembang apabila semakin ramai orang mengetahui manfaatnya.

“Untuk ini, kita melihat potensi Labuan IBFC sebagai bidang kuasa pilihan untuk kaptif di Asia kerana ia sentiasa menjadi pusat perniagaan dan kewangan antarabang­sa yang mesra perniagaan serta dikendalik­an dengan baik, menawarkan penyelesai­an dan struktur yang bersesuaia­n,” katanya.

Forum setengah hari, bertemakan ‘Menyahrisi­ko Asia : Pertumbuha­n Peranan Insurans Kendiri’, bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran tentang peranan insurans kendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia