Utusan Borneo (Sarawak)

Pejuang IS Australia, dua anak dipercayai terbunuh di Raqa

-

SYDNEY: Canberra semalam berkata ada “kebarangka­lian yang tinggi” seorang pejuang Negara Islam (IS) yang terkenal dari Australia dan dua anaknya sudah maut dalam satu serangan udara oleh Amerika Syarikat di Syria.

Laporan menyebut Khaled Sharrouf dan dua anaknya Abdullah, 12, dan Zarqawi, 11, terbunuh Jumaat lepas ketika memandu kereta berhampira­n kubu kuat IS di Raqa.

Sharrouf mencetuska­n kejijikan antarabang­sa pada 2014 apabila dia menunjukka­n dalam media sosial gambar Abdullah membawa kepala reput seorang askar yang dipenggal.

Bapa lima anak itu menggunaka­n anaknya yang lain dalam video dakyah, termasuk satu video yang muncul pada tahun ini di mana dia mengajar anak lelakinya yang bongsu mengenai cara untuk membunuh orang bukan Islam ketika anaknya yang berusia enam tahun itu mengendali­kan senapang dan pisau.

“Tidak ada orang yang akan mengabungi pemergiann­ya. Saya boleh memberi jaminan kepada anda mengenai perkara itu,” kata Menteri Imigresen Australia Peter Dutton kepada Channel Nine.

Akhbar The Australian dan Badan Penyiaran Australia (ABC), kedua-duanya memetik sumber kerajaan yang tidak dinamakan, melaporkan kematian Sharrouf dan anakanakny­a.

Namun dia pernah dilaporkan terbunuh dalam satu serangan dron pada 2015 dan Dutton berkata Canberra masih menunggu pengesahan rasmi bahawa laporan terbaharu adalah tepat.

“Tahap keyakinan adalah tinggi, tetapi lelaki ini umpama seekor kucing dengan sembilan nyawa,” katanya.

“Laporan pernah dibuat mengenai pemergiann­ya dan kematianny­a sebelum ini yang ternyata salah.”

Sharrouf, dipercayai dilahirkan di Australia kepada ibu bapa yang datang dari Lubnan, berlepas ke Syria pada 2013 bersama isterinya Tara Nettleton dan lima anak mereka.

Pada awal tahun ini, dia menjadi warga Australia pertama yang dilucutkan kerakyatan­nya di bawah undangunda­ng antiterori­sme.

Nettleton dilaporkan meninggal dunia pada tahun lepas setelah jatuh sakit, manakala nasib anak-anak mereka yang lain tidak diketahui.

Dutton berkata jika laporan terbaharu adalah betul, ia “amat dikesali” kerana dua anak Sharrouf mati bersamanya.

Namun beliau berkata pelampau jihad itu dan isterinya meletakkan anak-anak mereka dalam bahaya apabila membawa mereka ke Syria, dan menambah: “Ia adalah sukar untuk membayangk­an kesudahan lain yang mereka dapat bayangkan untuk anakanak mereka.”

“Hakikatnya ialah pasangan Sharrouf membawa anak-anak mereka ke dalam zon perang,” katanya.

“Mereka telah meracuni minda mereka, mereka telah mengindokt­rinasi kanakkanak dan jika mereka terkorban bersama bapanya mereka, ia amat dikesali.

“Namun itu adalah keputusan yang dibuat oleh ibu bapa mereka untuk membawa mereka ke dalam zon perang itu. Ia menunjukka­n jati diri, atau kekurangan jati diri, Encik Sharrouf dan isterinya.”

Dutton enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada anak-anak lain, dua kanakkanak perempuan dan seorang budak lelaki, akan dibenarkan untuk pulang ke Australia ataupun tidak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia