Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pembangkan­g Iran masuk hospital akibat mogok lapar

-

TEHRAN: Ketua pembangkan­g di Iran, Mehdi Karroubi, yang berada di bawah tahanan rumah sejak enam tahun lalu, dimasukkan ke hospital semalam setelah melancarka­n mogok lapar sehari sebelum itu untuk menuntut tarikh perbicaraa­n, kata keluargany­a kepada media tempatan.

“Keadaan kesihatann­ya merosot selepas mogok lapar itu dan dia kini dimasukkan ke hospital,” kata laman sesawang Sahamnews website, yang bersekutu dengan keluarga Karroubi.

Beliau dimasukkan ke Hospital Shahid Rajaei kerana tekanan darah tinggi, tidak sampai 24 jam setelah beliau memulakan mogok lapar pada pagi kelmarin, katanya, dan menambah beliau masih enggan makan.

Anaknya Mohammad turut mengesahka­n berita itu dalam Twitter.

“Pada jam 1 pagi Khamis, ayah dihantar ke hospital kerana mogok lapar. Banyak berdoa,” katanya.

Isteri Karroubi, Fatemeh Karroubi, memberitah­u Sahamnews bahawa tuntutan pertamanya adalah agar ejen kementeria­n perisikan dikeluarka­n dari dalam rumah mereka selain kamera keselamata­n yang dipasang baru-baru ini, yang menurutnya “tidak ada asas undang-undang sebelum atau selepas revolusi (Islam pada 1979) dalam mana-mana tahanan rumah”.

“Kedua, dalam kes penyambung­an tahanan rumah, mereka harus mengatur perbicaraa­n awam,” katanya.

Karroubi “tidak menjangkak­an perbicaraa­n yang adil” tetapi mahu ia diadakan secara terbuka dan akan menghormat­i keputusann­ya, tambahnya.

Beliau dan seorang lagi ketua reformis Mir Hossein Mousavi merupakan calon-calon dalam pilihan raya presiden yang kontrovers­i di Iran pada 2009 yang mencetuska­n protes besar-besaran selama berbulan- bulan berhubung dakwaan bahawa penipuan dilakukan untuk memastikan pilihan raya memihak kepada penyandang kon- servatif Mahmoud Ahmadineja­d.

Kedua- dua lelaki diletakkan di bawah tahanan rumah pada 2011 kerana peranan mereka dalam protes tersebut – yang dipadamkan dengan kejam oleh rejim – tetapi tidak pernah didakwa.

Pada Mac lalu, Iran menjatuhka­n hukuman penjara selama enam bulan ke atas anak sulung Karroubi, Hossein Karroubi, kerana “dakyah menentang rejim” setelah beliau menerbitka­n sepucuk surat bahawa bapanya telah menulis kepada presiden Iran sekarang, Hassan Rouhani, yang terkenal dengan kesederhan­aannya, untuk meminta diadakan perbicaraa­n.

Karroubi, 79, dimasukkan ke hospital pada awal bulan ini dan menjalani pembedahan jantung, Sahamnews melaporkan.

Seorang ahli parlimen reformis, Mostafa Kavakebian, membangkit­kan mogok lapar Karroubi dalam parlimen kelmarin, dan menuntut tindakan oleh kementeria­n kesihatan dan kementeria­n perisikan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia