Utusan Borneo (Sarawak)

Arab Saudi buka semula sempadan dengan Qatar

Untuk memudahkan ibadat haji, tanda pertama pemulihan hubungan diplomatik

-

RIYADH: Raja Salman di Arab Saudi telah mengarahka­n pembukaan semula sempadan dengan Qatar untuk memudahkan ibadat haji, kata media kerajaan semalam, dalam tanda pertama bagi pemulihan hubungan selepas krisis diplomatik terburuk di rantau itu sejak sekian lama.

Pintu sempadan Salwa ditutup setelah kuasa serantau Arab Saudi serta Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu memutuskan hubungan diplomatik dan perdaganga­n dengan Qatar pada 5 Jun lalu, dengan tuduhan bahawa emiriah itu menggalakk­an kumpulan pelampau Islam.

Pengumuman untuk membuka semula sempadan bagi jemaah haji dari Qatar dibuat setelah Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang berpengaru­h di Arab Saudi menerima kunjungan seorang utusan dari Doha, menurut Agensi Media Saudi (SPA) yang rasmi, dalam pertemuan peringkat tinggi terbuka yang pertama di antara kedua-dua negara selepas krisis berkenaan meletus.

Raja Salman membenarka­n “kemasukan jemaah haji dari Qatar ke Arab Saudi menerusi pintu sempadan Salwa untuk menunaikan ibadah haji, dan membenarka­n semua warga Qatar yang ingin masuk untuk ibadah haji tanpa permit elektronik”, kata satu kenyataan dalam SPA.

Baginda turut mengarahka­n agar jet persendiri­an milik syarikat penerbanga­n Saudi dihantar ke lapangan terbang Doha “untuk membawa semua jemaah haji dari Qatar dengan perbelanja­an baginda”.

Putera mahkota menekan- kan “hubungan bersejarah di antara rakyat Saudi dengan rakyat Qatar” selepas pertemuan baginda dengan Sheikh Abdullah bin Ali bin Abdullah bin Jassim al-Thani dari Qatar, kenyataan itu menambah.

Arab Saudi pada bulan lepas berkata rakyat Qatar yang mahu menunaikan ibadah haji pada tahun ini akan dibenar- kan untuk memasuki negara itu, tetapi mengenakan sekatan tertentu termasuk mereka yang tiba dengan pesawat mesti menggunaka­n syarikat penerbanga­n yang bersetuju dengan Riyadh.

Pihak berkuasa Qatar seterusnya menuduh Arab Saudi mempolitik­kan ibadah haji dan membahayak­an ibadah tersebut di Mekah apabila ia enggan menjamin keselamata­n jemaah haji mereka.

Beberapa pemerhati memberi amaran bahawa krisis diplomatik berkenaan belum lagi berakhir walaupun hubungan kelihatan semakin mesra.

“Ini adalah satu usaha muhibah terhadap rakyat Qatar dan bukan satu pencapaian dengan kerajaan Qatar,” kata Ali Shihabi dari badan pemikir di Washington, Yayasan Arabia, dalam Twitter, yang merujuk kepada pembukaan semula sempadan.

Arab Saudi dan sekutu Arabnya menutup hubungan udara, maritim dan darat dengan Qatar, dan mengenakan sekatan ekonomi, selain menuduh Doha menyokong “pengganas” dan terlalu rapat dengan musuh serantau mereka, Iran.

Qatar menafikan dakwaan itu dan mengecam apa yang ia sebut sebagai “sekatan” bertujuan untuk menundukka­n emiriah yang kaya itu.

Emiriah kecil dengan populasi 2.6 juta itu, 80 peratus daripadany­a orang asing, ditakrif sebagai negara paling kaya di dunia atas asas per kapita, menurut Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Ibadah haji, satu daripada lima rukun Islam yang mesti dilaksanak­an oleh Muslim yang berupaya sekurangku­rangnya sekali dalam hidup mereka, berlangsun­g tahun ini pada awal September.

Lebih 1.8 juta jemaah menunaikan ibadah haji pada tahun lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIBUKA SEMULA: Gambar fail bertarikh 23 Jun menunjukka­n pemandanga­n umum di bahagian Qatar di sempadan Salwa dengan Arab Saudi.
— Gambar AFP DIBUKA SEMULA: Gambar fail bertarikh 23 Jun menunjukka­n pemandanga­n umum di bahagian Qatar di sempadan Salwa dengan Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia