Utusan Borneo (Sarawak)

Peperangan tidak akan berlaku di semenanjun­g Korea: Moon

-

SEOUL: Peperangan tidak akan berlaku di semenanjun­g Korea, kata Presiden Korea Selatan Moon Jae-In semalam, dan menambah Seoul mempunyai kuasa veto ke atas tindakan ketenteraa­n oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas kepada program nuklear dan misil Korea Utara.

“Semua rakyat Korea Selatan sudah sama-sama berusaha dengan begitu gigih untuk membina semula negara dari kemusnahan Perang Korea,” kata Moon pada satu sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden.

“Saya akan mencegah peperangan dengan segala upaya,” tambahnya. “Jadi saya mahu semua rakyat Korea Selatan percaya dengan keyakinan bahawa peperangan tidak akan berlaku.”

Ketegangan meruncing sejak beberapa bulan lalu berhubung program senjata Pyongyang, yang menyebab- kannya dikenakan pusingan sekatan ketujuh oleh Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada minggu lepas Korea Utara mengugut untuk melepaskan peluru berpandu ke arah wilayah AS di Guam – tetapi ia dipercayai sudah menarik balik ugutan itu buat masa sekarang.

Presiden AS Donald Trump menjanjika­n “api dan kemarahan” dan berkata senjata Washington sudah “dikunci dan diisi”.

Retorik keras oleh keduadua pihak menimbulka­n kebimbanga­n tentang perkiraan yang salah sehingga menjurus kepada akibat yang membawa bencana – Pyongyang mempunyai pasukan artileri besar yang dikerahkan dalam julat Seoul, di mana jutaan manusia tinggal.

Namun Moon berkata Seoul mempunyai kuasa veto ke atas tindakan ketentera- an oleh AS, pelindung dan sekutu keselamata­nnya.

“Tidak ada orang yang dapat membuat keputusan mengenai tindakan ketenteraa­n di semenanjun­g Korea tanpa persetujua­n kami,” katanya.

“AS dan Presiden Trump juga berkata, tidak kira apa pun pilihan yang mereka ambil mengenai Korea Utara, semua keputusan akan dibuat selepas berunding dengan dan mendapatka­n persetujua­n dengan Republik Korea.”

Moon, yang melawat Washington pada hujung Jun, enggan mengkritik retorik Trump terhadap Korea Utara yang telah menimbulka­n kebimbanga­n di kalangan pemerhati.

“Presiden AS Trump cuba menekan Korea Utara dengan menunjukka­n keazaman yang tegas,” katanya. “Saya rasa dia tidak cuba menunjukka­n kesediaan tertentu untuk melancarka­n tindakan ketenteraa­n.”

Pada masa lalu, Moon, seorang bekas peguam hak asasi manusia berhaluan kiri, menggesa dialog dengan Korea Utara untuk membawanya ke meja rundingan, selain sekatan – satu pendekatan yang menimbulka­n kebimbanga­n bahawa ia boleh menyebabka­n perpecahan dengan Washington.

Namun sejak dia memegang kuasa, tawarannya ditolak oleh Pyongyang, dan Moon menepis kesegeraan dialog.

“Saya rasa kita tidak terburu-buru,” katanya.

Bagi mengadakan rundingan, katanya, “jaminan mesti ada bahawa ia akan membawa kepada kesudahan yang membuahkan hasil.

“Korea Utara mesti sekurang- kurangnya menamatkan provokasi tambahan untuk mewujudkan mood bagi dialog.”

Hanya selepas itu baharulah Seoul dapat menimbang untuk menghantar utusan ke Korea Utara, tambahnya.

“Garisan merah adalah Korea Utara yang melengkapk­an ICBM dan memasangny­a dengan kepala peledak nuklear dan menjadikan­nya senjata,” tambahnya.

“Jika Korea Utara melancarka­n satu lagi provokasi, ia akan berdepan dengan sekatan yang jauh lebih keras dan ia tidak akan terselamat daripadany­a. Saya ingin memberi amaran kepada Korea Utara untuk menamatkan perjudiann­ya yang berbahaya.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TEGAS: Moon ketika bercakap pada sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden di istana presiden di Seoul, Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters TEGAS: Moon ketika bercakap pada sidang akhbar sempena 100 hari pertamanya menjadi presiden di istana presiden di Seoul, Korea Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia