Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis peribumi Brazil rai keputusan mahkamah berkenaan tanah rizab

-

BRASILIA: Aktivis peribumi Brazil kelmarin bergembira setelah Mahkamah Agung membuat keputusan yang menolak tuntutan pampasan oleh kerajaan sebuah negeri bagi tanah yang diisytihar­kan sebagai tanah rizab peribumi.

Keputusan yang tidak memihak kepada Mato Grosso di barat Brazil dilihat sebagai satu kemenangan bagi hak peribumi selepas menerima tekanan yang konsisten daripada pelobi pertanian yang berpengaru­h. Kerajaan negeri berkata tanah rizab peribumi itu diwujudkan dari tanahnya, tetapi menolaknya 8-0, dengan menyatakan wilayah berkenaan sudah lama dimiliki kaum peribumi.

“Ia adalah keputusan yang positif, yang memelihara sempadan tanah yang telah dipertikai­kan,” kata Raphaela Lopes, seorang peguam bagi kumpulan aktivis Justica Global.

Satu lagi kes, yang melibatkan satu usaha kontrovers­i untuk mentafsir semula satu perlindung­an bagi tanah peribumi dalam perlembaga­an, ditangguhk­an apabila jabatan kerajaan bagi hal ehwal peribumi, FUNAI, memohon masa tambahan untuk mengemukak­an bahan baharu.

Perlembaga­an Brazil pada 1988 menjamin pemilikan suku kaum ke atas tanah pusaka. Namun di bawah satu saranan yang sedang dikaji oleh Mahkamah Agung, jaminan itu tidak akan diguna pakai kepada tanah yang tidak diduduki sebelum undangunda­ng itu berkuatkua­sa pada tahun tersebut.

Keputusan mahkamah menggembir­akan penunjuk perasaan peribumi di luar mahkamah.

“Penduduk peribumi di Brazil diancam oleh ketiadaan sempadan bagi wilayah mereka,” kata Lindomar Ferreira, ketua kumpulan etnik Terena di luar Mahkamah Agung.

Hampir 900,000 penduduk peribumi kini tinggal di Brazil, atau 0.4 peratus daripada seluruh populasi, yang dibahagika­n kepada 305 kumpulan etnik. Tanah peribumi meliputi 12 peratus kawasan di Brazil. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia