Utusan Borneo (Sarawak)

Rusuhan di penjara Venezuela ragut 37 jiwa

-

CARACAS: Sekurangku­rangnya 37 maut dalam rusuhan penjara selama berjam-jam di negeri Amazonas, selatan Venezuela, kata pegawai kelmarin.

Pejabat pendakwa berkata siasatan sudah dilancarka­n ke atas “kematian 37 orang” dalam penjara tersebut di bandar Puerto Ayacucho.

Gabenor Liborio Guarulla terdahulu tweet bahawa “pembunuhan beramairam­ai” berlaku dengan sekurang- kurangnya 35 mayat dikira.

Pendakwa berkata 14 pegawai cedera dalam keganasan yang berlaku dari Selasa sehingga awal kelmarin, tetapi tidak menye- but sama ada pegawai turut terkorban atau tidak.

Dua kumpulan pemantau penjara, Jendela kepada Kebebasan dan Observator­i Penjara Venezuela, berkata semua mangsa yang terbunuh adalah banduan.

“Ini adalah rusuhan terburuk yang kami alami dalam kemudahan tahanan pencegahan,” kata Carlos Nieto dari kumpulan Jendela kepada Kebebasan kepada AFP.

“Di kemudahan ini, tahanan sepatutnya ditahan selama 48 jam sahaja, tetapi terdapat tahanan yang sudah berada di sana selama bertahun-tahu,” katanya.

Penjara itu menempatka­n 105 tahanan pada waktu ru- suhan, kata Guarulla.

Rusuhan paling berdarah di penjara Venezuela adalah pada 2013 apabila 60 maut dan lebih 150 cedera dalam sebuah kemudahan di Uribana, dalam negeri barat Lara.

Pada hujung tahun lepas, negara itu mempunyai 88,000 tahanan, lebih dua kali ganda kapasiti tahanan rasmi sebanyak 35,000 tempat, menurut kumpulan Jendela kepada Kebebasan.

Kira-kira 33,000 yang disabit kesalahan dikurung dalam pusat pencegahan seperti kemudahan di Puerto Ayacucho, selain tahanan yang menunggu perbicaraa­n, kata Nieto. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia