Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom nekad bunuh pengawal Hamas di Gaza

-

KOTA GAZA, Wilayah Palestin: Seorang pengebom nekad membunuh seorang pengawal Hamas di selatan Gaza awal semalam, kata pegawai, dalam apa yang disebut oleh sumber sebagai satu serangan pelampau Islam yang jarang sekali berlaku ke atas kumpulan Palestin itu.

“Pada awal pagi ini, pasukan keselamata­n menghalang dua orang yang mendekati sempadan selatan (dengan Mesir),” seorang jurucakap kementeria­n dalam negeri di wilayah yang ditadbir Hamas itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Salah seorang daripada mereka meletupkan diri,” tambahnya.

Sumber perubatan mengesahka­n seorang anggota badan keselamata­n Hamas maut dalam serangan itu.

Sumber berkenaan menamakan lelaki terbabit sebagai Nidal al-Jaafari berusia 28 tahun.

Saksi berkata ratusan anggota keselamata­n dikerahkan ke sepanjang sempadan selepas letupan itu, yang berlaku berhampira­n sempadan selatan Gaza dengan Mesir.

Sumber keselamata­n Gaza berkata mereka percaya penyerang terbabit adalah seorang Islamis radikal.

Kumpulan Islamis Hamas sudah mentadbir Gaza selama sedekad tetapi kerap dikritik oleh kumpulan yang lebih radikal di semenanjun­g berkenaan.

Ini adalah kali pertama serangan nekad menyasari tentera Hamas di Gaza, kata sumber keselamata­n itu.

Hamas baru-baru ini memperkuat­kan tenteranya di sepanjang sempadan dengan Mesir dalam usaha untuk memperbaik­i hubungan dengan Kaherah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia