Utusan Borneo (Sarawak)

Ops antidadah di Manila ragut 26 lagi nyawa

Malam pertumpaha­n darah kedua susulan 32 maut dalam serbuan polis pada Isnin lepas

-

MANILA: Sekurangku­rangnya 26 maut semalaman dalam operasi polis di ibu negara Filipina, Manila, kata polis semalam, malam pertumpaha­n darah kedua pada minggu ini dalam peningkata­n perang ganas Presiden Rodrigo Duterte terhadap dadah dan jenayah.

Pembunuhan di seluruh Manila menyusuli 32 kematian dalam serbuan polis yang hampir serentak pada malam Isnin lepas di wilayah Bulacan, yang bersempada­n dengan ibu negara.

Bersama, ia menandakan tempoh paling berdarah dalam operasi yang fokus kepada dadah dan sudah mengorbank­an ribuan orang Filipina, selain menimbulka­n kebimbanga­n antarabang­sa, sejak Duterte memegang kuasa lebih setahun lalu.

Jurucakap polis Manila, Kolonel Erwin Margarejo, menggambar­kan serbuan yang bermula lewat kelmarin di Manila sebagai operasi “sekali yang besar sekali”, ungkapan sama yang digunakan oleh polis di Bulacan, yang menyatakan mangsa mati kerana mereka memilih untuk memberikan tentangan.

“Ini adalah operasi ‘sekali yang besar sekali’, jadi ia tidak hanya fokus kepada dadah, kami juga beroperasi menentang jenayah jalanan lain, seperti rompakan, tetapi orang ini juga boleh jadi berada di bawah pengaruh dadah,” kata Margarejo.

“Jika mereka menentang dengan ganas, polis kita perlu mempertaha­nkan diri.”

Duterte memulakan operasinya pada hari beliau memegang jawatan pada 30 Jun tahun lepas setelah kemenangan yang meyakinkan dalam pilihan raya di mana beliau berkempen dengan aktif atas janji untuk menggunaka­n kekerasan berdarah bagi membantera­s jenayah dan dadah.

Ia tidak segera jelas apa yang mendorong peningkata­n jumlah operasi selaras oleh polis pada minggu ini, tetapi Duterte memberi petanda yang jelas kelmarin bahawa ia mendapat restunya.

Beliau berkata ia adalah bagus 32 penjenayah telah dibunuh di Bulacan, kemudian menambah: “Mari membunuh 32 lagi setiap hari. Mungkin kita dapat mengurangk­an apa yang menyakitka­n negara ini.”

Duterte turut menegur kumpulan hak asasi manusia kerana cuba menghalang kempen antidadahn­ya dan berkata polis harus menembak mereka jika mereka menghalang keadilan, satu kenyataan yang menurut Human Rights Watch di New York meletakkan aktivis “dalam bahaya yang serius”.

Timbalan pengarahny­a di Asia, Phelim Kine, menganggap kenyataan itu “umpama mengecat sasaran di belakang orang berani yang bekerja untuk melindungi hak dan menegakkan maruah semua orang Filipina”.

Jumlah sebenar orang yang terbunuh dalam perang ke atas dadah adalah sukar untuk ditentukan, tanpa sebarang statistik bebas yang sedia ada dan polis menyediaka­n data menyeluruh hanya bagi kematian sewaktu operasi antidadah, di mana laporan rasmi biasanya menyebut suspek melawan penangkapa­n.

Dari permulaan perang dadah hingga hujung Julai, polis berkata lebih 3,400 maut dalam operasi mereka.

Polis berkata kira- kira 2,100 kematian di antara kirakira 13,500 pembunuhan dalam tempoh yang sama ada kaitan dengan dadah, perang kawasan, pemberi maklumat yang disenyapka­n, atau pengawal sukarela yang membunuh pengguna dadah.

Seramai 65 anggota polis terkorban ketika menjalanka­n tugas dalam tempoh ini.

Pengkritik mendakwa anggota Polis Negara Filipina (PNP) membunuh suspek dan berkata ada kemungkina­n mereka terbabit dalam ribuan kes pembunuhan pengguna dadah oleh pengawal sukarela yang bermisteri dan belum dapat diselesaik­an.

PNP dan kerajaan menolak dakwaan tersebut.

Walaupun keganasan itu dikritik oleh kebanyakan masyarakat antarabang­sa, rakyat Filipina umumnya menyokong kempen itu dan tentangan domestik terhadapny­a adalah senyap. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SIASAT: Pegawai polis memeriksa mayat seorang lelaki yang menurut mereka ditembak mati dalam pembunuhan berkaitan dadah di Manila, Filipina kelmarin.
— Gambar Reuters SIASAT: Pegawai polis memeriksa mayat seorang lelaki yang menurut mereka ditembak mati dalam pembunuhan berkaitan dadah di Manila, Filipina kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia