Utusan Borneo (Sarawak)

PENCARIAN BELUM BERHASIL

Mangsa dilapor hilang dalam kejadian di Debak dan Asajaya, SAR disambung pagi ini.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) orang hilang di Debak dan Asajaya masih belum berhasil setakat petang semalam.

Di Debak, seorang lelaki berusia 50 tahun dilaporkan hilang oleh keluargany­a di kawasan Ladang Sawit, Munggu Prin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa tidak pulang ke rumah sejak Rabu lepas menyebabka­n keluargany­a terpaksa membuat laporan polis pagi semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarka­n serta-merta yang turut disertai anggota polis dan keluarga mangsa dari jam 10.30 pagi.

“Anggota penyelamat bersama keluarga mangsa telah memulakan pencarian di sepanjang Jalan Pekan Debak sehingga simpang Debak dan radius percarian diperluask­an sehingga ke jalan utama iaitu jalan simpang Debak sehingga jalan Betong dan seterusnya ke jalan Pusa.

“Menurut keluargany­a, mangsa telah keluar dari rumah sejak Rabu lepas sekitar jam 1.30 petang, namun tidak pulang sehingga hari ini (semalam),” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mangsa dipercayai menghidap masalah mental dan pernah dirujuk ke Hospital Sentosa sebelum ini.

Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong menyertai operasi SAR tersebut semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Asajaya, lelaki warga emas, Lembong Pin, 75, yang dilaporkan hilang di laut sekitar perairan berhampira­n Kampung Serpan, Asajaya masih belum dijumpai sehingga semalam.

Operasi SAR yang disambung semula sekitar jam 7 pagi semalam diperluask­an kawasan pencariann­ya, namun terpaksa ditangguh sekitar jam 5.30 petang semalam disebabkan keadaan cuaca semakin gelap dan air mulai surut.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Serpan keluar mencari ketam pada Selasa lepas iaitu sekitar jam 1 pagi dengan menggunaka­n sampan ke laut seorang diri,” kata jurucakap bomba.

Turut menyertai operasi SAR tersebut ialah anggota dari Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), RELA dan penduduk kampung.

Kedua-dua operasi SAR tersebut dijadualka­n disambung semula pada jam 7 pagi, hari ini.

 ??  ?? SAR: Anggota penyelamat mendapatka­n maklumat daripada orang awam sepanjang pencarian mangsa di Debak, semalam. CARI: Anggota penyelamat semasa memulakan operasi SAR tersebut di Kampung Serpan Laut, Asajaya semalam.
SAR: Anggota penyelamat mendapatka­n maklumat daripada orang awam sepanjang pencarian mangsa di Debak, semalam. CARI: Anggota penyelamat semasa memulakan operasi SAR tersebut di Kampung Serpan Laut, Asajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia