Utusan Borneo (Sarawak)

DUA NYARIS MAUT REMPUH LORI

-

KUCHING: Dua penunggang motosikal nyaris maut selepas merempuh bahagian tepi sebuah lori pikap yang dipercayai membelok ke satu simpang secara melulu, malam kelmarin.

Menurut sumber, semasa kejadian dua lelaki yang berusia 21 dan 16 tahun itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka apabila gagal mengelak lori tersebut di Batu 24 Jalan KuchingSer­ian sekitar jam 9 malam.

“Semasa kejadian, mereka (mangsa) yang menunggang sebuah motosikal tidak sempat mengelak lori tersebut yang dipercayai terburu-buru memasuki satu simpang lalu merempuh bahagian tepinya (lori).

“Impak rempuhan menyebabka­n kedua-dua mangsa tercampak dari atas motosikal dan penunggang dilaporkan mengalami kecederaan parah, manakala pembonceng cedera ringan,” kata sumber.

Orang ramai yang menyaksika­n kejadian tersebut segera membantu kedua-dua mangsa selain turut menghubung­i pihak hospital untuk bantuan selanjutny­a.

Anggota dari balai polis berhampira­n juga hadir di lokasi kejadian untuk mengawal lalu lintas.

“Kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan kecemasan di tempat kejadian oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata sumber.

Sehingga berita ini ditulis semalam, difahamkan kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di HUS.

Siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut juga masih dijalankan.

 ??  ?? CEDERA: Kedua-dua mangsa semasa menunggu ketibaan anggota paramedik di tempat kejadian.
CEDERA: Kedua-dua mangsa semasa menunggu ketibaan anggota paramedik di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia