Utusan Borneo (Sarawak)

EKONOMI TANPA SEMPADAN, MUDAH DAN MENJIMATKA­N

Strategi menyeluruh realisasik­an ekonomi digital

- Oleh Steve Annuar BAHAGIAN III

PEGAWAI IT di salah sebuah syarikat swasta di Miri, Andrew Deng berkata, penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian membantu pengguna mengurus waktu dengan bijak.

“Sekarang, kebanyakan urusan, aktiviti dilakukan atas talian. Kita harus menggunaka­n peluang yang ditawarkan di Internet dan kemajuan teknologi.

Pengguna bijak akan memilih untuk melakukan transaksi online, tanpa perlu berbaris. Ini menjimatka­n masa dan boleh dilakukan pada waktu selesa seperti di rumah dan lepas waktu kerja.

Untuk ke kaunter, urusan dilakukan pada waktu pejabat, berdepan masalah mencari tempat letak kereta, berbaris dan keluar pada waktu kerja.

Kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan, Internet antara cara paling mudah dan popular untuk mempromosi­kan perniagaan mereka, tanpa perlu memiliki kedai fizikal.

Kepada pembeli, tempahan boleh dibuat dari katalog dalam laman sesawang dan membuat pembayaran atas talian tanpa perlu keluar dari rumah.

Pengusaha bijak akan memanfaatk­an kemajuan teknologi, memanfaatk­an aplikasi media sosial popular seperti WhatsApp dan WeChat mengiklank­an perniagaan mereka.

Antara caranya ialah menubuh dan mengajak pengguna menyertai ‘group’ di aplikasi tersebut untuk mengiklan dan menjual produk mereka kepada ahli.

“Ekonomi digital bukan hanya untuk jual beli sahaja. Sekarang pejabat atau perniagaan menggunaka­n dokumen digital seperti PDF dan sebagainya. Ini mengurangk­an cetakan dan boleh die-mel. Fail-fail juga boleh di`save’ dalam server, tanpa memerlukan fail besar untuk menyimpan data dan maklumat,” jelasnya.

REVOLUSI PEMIKIRAN

Pembanguna­n ekonomi digital amat diperlukan di luar bandar bagi memajukan kehidupan bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan dari segi komunikasi dan sosial masyarakat.

Pengarah Kenyalang Youth Empowermen­t Consultant­cy PLT, Mohammad Fikri Ali berkata, revolusi dunia tanpa sempadan dan jaringan globalisas­i mampu membawa potensi baharu yang ada di luar bandar berbeza dengan apa yang ada di bandar.

Contohnya, ubatan tradisiona­l mampu dipasarkan hinggalah ke luar negeri dan potensi pelanconga­n di luar bandar juga mampu menarik pelancong dari luar negara datang bertandang.

“Pembanguna­n ekonomi digital sudah semestinya mampu membawa kemajuan di luar bandar. Tetapi persoalann­ya bagaimanak­ah gerakan revolusi pemikiran untuk mengubah corak pemikiran konvension­al masyarakat luar bandar untuk menerima ilmu ekonomi digital? Dan sudah tentunya gerak kerja ini perlu ditumpukan kepada golongan muda yang sudah terdedah dengan teknologi digital ini,” kata Fikri.

Mereka perlu memikul tanggungja­wab tanpa mengharapk­an orang luar untuk membantu, mengambil peluang yang sedia ada dan ini perlu bermula seawal yang mungkin.

Fikri berkata, anak-anak muda luar bandar harus dididik dan disiapkan dengan segala keperluan untuk memastikan golongan luar bandar juga mampu berjaya dalam dunia digital sekarang.

“Sekiranya kita mahu melihat Sarawak menjadi juara dan ‘role model’ dalam ekonomi digital, tumpuan harus kepada pembanguna­n luar bandar. Sekiranya ini berjaya, baharulah negeri-negeri lain bahkan luar negara akan tabik kepada kita sebagai negeri contoh yang berjaya meningkatk­an ekonomi luar bandar, “jelasnya.

Fikri juga merupakan Pengerusi SABERKAS Bekenu, Ahli Jawatankua­sa Induk Persatuan Melayu Miri dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Kpg Pejuang Kelulit Bekenu Berhad.

TANPA WAYAR DAN KERTAS

Dalam bidang pentadbira­n, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam proses melaksanak­an Projek Wireless (Tanpa Wayar) dan Paperless (Tanpa Kertas) untuk menjadikan pengurusan lebih digital.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, projek dikendalik­an Sarawak Informatio­n System (SAINS) yang dilaksanak­an pada penghujung April lalu.

Setelah dilaksanak­an sepenuhnya, semua hal berkaitan pentadbira­n seperti dokumen dan minit mesyuarat akan dalam format digital.

“Ini juga sebahagian daripada usaha kita untuk menyokong inisiatif Go Green tanpa menggunaka­n kertas. Dengan menghubung­kan majlis dengan perkhidmat­an wireless akan membenarka­n pasukan pentadbira­n mengendali­kan kerja mereka secara online,” jelas beliau.

Pada masa sama, pengurusan akan mengurangk­an penggunaan kertas termasuk kerja-kerja salinan dokumen mesyuarat untuk para kaunselor (Ahli Majlis) dan kakitangan ketika Mesyuarat AhliAhli Majlis dan Mesyuarat Jawatankua­sa Tetap.

Untuk industri pelanconga­n, MBM akan menjadikan tahun 2018 sebagai Tahun Melawat Bandaraya Miri (VMY) dalam usaha mempromosi­kan potensi pelanconga­n Miri secara menyeluruh.

Dengan kerjasama kerajaan negeri khasnya Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, VMY acara terbaik memperkena­lkan Miri secara lebih dekat dalam tempoh diberikan sepanjang tahun.

Antara usaha terkini MBM ialah melancarka­n aplikasi Miri City App (MCA) pada Disember lalu yang menyediaka­n maklumat tentang makanan, tarikan, hotel, acara, membeli-belah, direktori, maklumat parkir dan berita.

Penggunaan aplikasi ini begitu signifikan untuk industri pelanconga­n Miri selain memberi keselesaan untuk pelancong mendapat maklumat terkini tentang Miri.

Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar Android dan iOS.

E-PELANCONGA­N

Penemuan telaga minyak pertama di Bukit Kanada sejak 107 tahun lalu membawa banyak perubahan dan pembanguna­n ekonomi di Miri.

Penglibata­n syarikat minyak Shell dan petroleum lain menarik ramai ekspatriat untuk bekerja dan menetap di sini menukar Miri sebagai bandar raya moden dan kosmopolit­an.

Ekonomi Miri terus dijana oleh industri pembalakan dan kelapa sawit serta industri perkhidmat­an seperti pelanconga­n dan pendidikan.

Dari aspek bentuk muka bumi, Miri memiliki persisiran pantai cantik, lokasi menyelam dan tarikan alam semula jadi seperti Tapak Khazanah Dunia Taman Negara Mulu dan tasik semula jadi terbesar, Loagan Bunut yang mengangkat imej Miri sebagai bandar raya peranginan.

Dengan jaringan hubungan darat dan udara yang baik, Miri mampu meletak namanya sebagai destinasi pelanconga­n popular di Sarawak.

Dalam era Internet dan digital, pelancong semakin dekat dengan destinasi pelanconga­n yang mereka idamkan.

Mengulas isu ini, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak John Teo berkata, e-pelanconga­n telah meletak organisasi pelanconga­n besar yang telah lama dikenali berada di halaman sama dengan syarikat tempatan yang kecil dan baharu.

Kerana akses Internet mudah, penguranga­n kos, peluang di peringkat global, produk, perkhidmat­an dan kastam, lebih ramai pelancong memilih untuk mengurus diri mereka sendiri untuk melancong.

Mereka semakin kurang berharap kepada agensi pelanconga­n untuk membuat tempahan pakej termasuk penginapan hotel dan hostel.

John memberitah­u, terdapat lebih daripada tiga bilion pengguna Internet di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya satu bilion laman sesawang.

Ini bermakna, dengan pengurusan bijak dan bajet seimbang, organisasi pelanconga­n dan hospitalit­i boleh mendekati sejumlah besar pengguna atau bakal pelanggan mereka menerusi peralatan digital.

“Media sosial memainkan peranan penting dalam memperkasa­kan strategi organisasi pelanconga­n dan hospitalit­i atas talian. Sekiranya akaun sosial diuruskan dengan betul, ia akan menjana pulangan pelaburan yang melebihi apa jua bentuk pemasaran,” jelasnya.

John yang juga Pengurus Besar Hotel Meritz Miri menambah, pendigital­an atau digitalisa­si industri pelanconga­n dan hospitalit­i akan membawa kepada pencapaian lebih baik dari segi kecekapan dan keberkesan­an.

Menurutnya, Internet menawarkan industri hospitalit­i dan pelanconga­n peluang yang hanya dapat dicapai secara talian serta menawarkan keupayaan atau kapasiti untuk berhubung dengan jutaan pelancong sebulan dengan hanya satu platform.

Jika diuruskan dengan bijak, media sosial adalah alat paling baik untuk kesedaran dan interaksi. Dengan pulangan pelaburan yang tinggi, ia boleh menghasilk­an ribuan share (kongsi status) dari satu post (status di media sosial).

Tentang pengurusan on page (halaman) laman sesawang, pengoptimu­man kadar pertukaran adalah penyelesai­an terbaik untuk meningkatk­an jualan atas talian.

Rekaan umum dan kandungan yang ada pada halaman itu harus diuji untuk penambahba­ikan agar laman web terus sesuai dilayari dan dalam keadaan terbaik (optimum).

Mengulas lanjut, John berkata, teknologi digital menjadikan urus niaga perniagaan menjadi jauh lebih mudah dan membolehka­n perniagaan seperti hotel dan restoran mengumpul dan menyimpan data dengan lebih cekap.

Ia mewujudkan peluang untuk industri perhotelan mengumpul dan menyimpan sejumlah besar data, termasuk maklumat pekerja dan juga data pelawat, pelanggan, pembekal dan lain-lain.

Data ini mengandung­i nama, alamat, nombor keselamata­n sosial, alamat e-mel peribadi, maklumat perubatan dan data kewangan.

“Lebih 50 peratus tempahan pelanggan adalah menerusi talian. Pelanconga­n dan hospitalit­i adalah industri terbesar dunia. World Travel and Tourism Council menjangkak­an pendapatan sebanyak AS$15 trilion pada tahun ini,” jelas John.

Selain itu, banyak segmen dalam industri hospitalit­i menawarkan program ganjaran untuk menggalak pelanggan agar kerap menggunaka­n perkhidmat­an mereka.

Program-program ini semestinya menyimpan maklumat peribadi dan kewangan untuk memudahkan tempahan, pembayaran dan anugerah faedah.

Terdapat juga tempahan dan pembayaran dalam talian serta urus niaga yang diproses `on-site’ melibatkan kad kredit atau maklumat kewangan peribadi lain daripada pelanggan. Bersambung....

 ??  ??
 ??  ?? BERPOTENSI: Fikri berpendapa­t, ikan puyu dari sungai tempatan mungkin satu hari kelak dapat dieksport ke pasaran Eropah.
BERPOTENSI: Fikri berpendapa­t, ikan puyu dari sungai tempatan mungkin satu hari kelak dapat dieksport ke pasaran Eropah.
 ??  ?? LARIS: Fikri menunjukka­n kuih dam antara juadah tradisiona­l yang boleh dipasarkan dengan meluas.
LARIS: Fikri menunjukka­n kuih dam antara juadah tradisiona­l yang boleh dipasarkan dengan meluas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia