Utusan Borneo (Sarawak)

KL2017 SAAT AMAT BERMAKNA

Menghimpun­kan kehadiran paling ramai juara dunia, pemenang pingat Olimpik

-

KUALA LUMPUR: Sukan SEA Ke- 29 dirasmikan malam ini detik bermulanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpun­kan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lepas untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.

Selepas 16 tahun, temasya dwitahunan itu kembali ke bumi Malaysia dengan bandaraya Kuala Lumpurseba­gai tuan rumah untuk kali keenam, menghimpun­kan 4,900 atlet daripada 11 negara untuk memburu 404 pingat emas daripada 38 sukan dengan luncur ais, hoki ais, hoki dalam dewan dan kriket dianjurkan buat julung kalinya.

Pertarunga­n bagi gelaran juara keseluruha­n dikatakan bakal menjadi milik Malaysia atau Thailand yang mendominas­i empat daripada lima temasya lepas.

Malaysia menyasarka­n 111 pingat emas bersandark­an kelebihan di laman sendiri dan sebagai melambangk­an penguasaan sebagai tuan rumah, tugas yang memerlukan 844 atlet negara menilai semula pungutan 62 emas dan tempat keempat di Singapura dua tahun lepas.

Di sebalik kehebatan dan kemasyhura­n yang baru dicipta mereka, tiga juara dunia Malaysia – jaguh keirin Azizulhasn­i Awang, ratu terjun Cheong Jun Hoong dan jaguh silat Mohd Al-Jufferi Jamari – dan Pandelela Rinong, wanita pertama negara memenangi pingat Olimpik London 2012 -- tidak melepaskan peluang untuk beraksi pada temasya ini.

Dua lagi peserta handalan ialah juara Olimpik Rio - perenang Singapura Joseph Schooling dan penembak tepat Vietnam Hoang Xuan Vinh.

Dalam menetapkan sasaran, Malaysia mahu mengulangi kejayaan pada 2001 semasa negara menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu dan memecahkan rekod seabad untuk julung kalinya muncul juara keseluruha­n dengan 111 pingat emas.

Azizulhasn­i, Jun Hoong dan Pandelela akan mengetuai perjuangan itu dengan harapan untuk menyapu bersih 26 pingat emas ditawarkan dalam acara terjun dan trek berbasikal lelaki.

Kemunculan pelari muda Khairul Hafiz Jantan, yang memecahkan rekod kebangsaan 100m dan 200m, meningkatk­an lagi harapan Malaysia yang akhirnya mempunyai jaguh pecut untuk merebut semula gelaran lelaki terpantas di Asia Tenggara.

Thailand menyasarka­n 100 pingat emas dan membuktika­n mereka mampu mencapainy­a berdasarka­n prestasi meraih 107 emas pada Su k a n 2013 di Myanmar.

Vietn am , ku a s a su k a n yang semakin menyerlah di rantau ini, mahu muncul antara tiga terbaik selepas menduduki tempat ketiga di belakang Thailand dan Singapura pada temasya lepas dengan 73 emas. Indonesia dan Fil- ipina pula menyasarka­n untuk memperbaik­i prestasi dengan masing-masing menyasarka­n lebih 50 emas. Negara lain iaitu Myanmar, Kemboja, Laos, Brunei dan Timor-Leste turut menetapkan sasaran dan tidak boleh dipandang mudah. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL JUN HOONG
KHAIRUL JUN HOONG
 ??  ?? PANDELELA
PANDELELA
 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia