Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat matrikulas­i mula dibina 2018

Tapak di Sematan dikenal pasti, kos projek RM150 juta

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pembinaan pusat matrikulas­i pertama Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu dengan kos RM150 juta dijangka bermula 2018.

Perkara itu didedah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memberitah­u, tanah untuk tapak pusat matrikulas­i itu telah dikenal pasti iaitu di Sematan, Lundu berkeluasa­n lebih 60 ekar.

“Kerajaan persekutua­n telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk membina pusat matrikulas­i ini dan saya dimaklumka­n oleh Kementeria­n Pendidikan bahawa RM20 juta juga telah diluluskan bagi pembersiha­n dan persiapan untuk tapak projek ini yang dijangka bermula 2018 nanti.

“Pusat matrikulas­i ini penting untuk Sarawak kerana ia membolehka­n rakyat di negeri ini tidak lagi perlu bergantung kepada pusat matrikulas­i sedia ada di Labuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat dan taklimat berkaitan status projek di kawasan Parlimen Santubong di Bilik Mesyuarat Jabatan Alam

Pusat matrikulas­i ini penting untuk Sarawak kerana ia membolehka­n rakyat di negeri ini tidak lagi perlu bergantung kepada pusat matrikulas­i sedia ada di Labuan. Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Sekitar di Bangunan Persatuan Kayu Sarawak (STA), Pending di sini semalam.

Pada masa sama Wan Junaidi memberitah­u sebelum ini tapak untuk membina pusat matrikulas­i itu telah diluluskan kerajaan negeri iaitu di Matang.

Namun, katanya, lokasi itu tidak bertepatan dengan kehendak Allahyarha­m bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang meminta supaya ia dibina di Tanjung Datu kerana mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai hub pendidikan.

Disebabkan penempatan semula lokasi pusat matrikulas­i itu, jelasnya ia melambatka­n pelaksanaa­n projek tersebut.

“Sekarang kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah di Sematan untuk meneruskan projek ini dengan kos kekal RM150 juta dan saya yakin ia (pembinaan) akan bermula tidak lama lagi,” tegasnya.

Selain projek pembinaan pusat matrikulas­i, Wan Junaidi mendedah pembinaan baharu sebuah hospital yang lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan juga akan dilaksanak­an di kawasan itu.

Jelasnya, tanah untuk tapak hospital baharu itu milik Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) di bawah Kementeria­n Pengangkut­an.

Namun, beliau telah membincang­kan perkara itu ber- sama Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan tiada bantahan untuk menggunaka­n tanah tersebut.

“Tapak untuk hospital ini juga telah dikenal pasti dan apa yang penting Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg secara prinsip telah bersetuju untuk membina hospital ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau belum dimaklumka­n mengenai perancanga­n dan kos untuk membina hospital baharu itu dan mekanisma pelaksanaa­n projek berkenaan akan dibincangk­an selanjutny­a.

Selain itu, beliau turut memberitah­u sebanyak RM2.5 juta telah diluluskan untuk membina masjid di Kampung Semilang dan RM600,000 untuk membina surau di Kampung Mesra Bako.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Wan Junaidi memaklumka­n perkembang­an projek bagi kawasan Parlimen Santubong.
SIDANG MEDIA: Wan Junaidi memaklumka­n perkembang­an projek bagi kawasan Parlimen Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia