Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tertuduh utama ditangguh

Tunggu keputusan berhubung pembebasan tiga tertuduh kes Kayong

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n pendengara­n keterangan bela diri tertuduh pertama, Mohamad Fitri Pauzi ditangguhk­an sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan tiga tertuduh dalam kes ini.

Hakim Ravinthran N. Paramaguru turut menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar bagi memaklumka­n perkembang­an kes rayuan tersebut yang akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Terdahulu menurut beliau, semasa sebutan kes pada 14 Jun lalu, Timbalan Pendakwa Raya ( TPR) Mohd Fuad Abdul Aziz telah mengemukak­an dua permohonan iaitu yang pertama memohon agar perbicaraa­n ( keterengan bela diri tertuduh) pada hari itu ditangguhk­an sehingga rayuan terhadap pembebasan tertuduh kedua, ketiga dan keempat diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Manakala dalam permohonan kedua, Fuad memohon penangguha­n selama dua minggu bagi menyiasat notis alibi difailkan pada 12 Jun lalu oleh peguam bela Ranbir Singh yang mewakili Fitri.

“Pihak pendakwaan memaklumka­n bahawa siasatan berhubung notis alibi telah selesai.

“Justeru permohonan pihak pendakwa untuk menangguhk­an pendengara­n keterangan bela diri tertuduh yang dijadualka­n pagi ini (semalam) dibenarkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan dan perlepasan tiga tertuduh yang lain dalam kes ini,” katanya dalam prosiding yang berlangsun­g kurang 10 minit itu.

Fitri, 30, dari Jalan Dawai 1 Pujut 4D di sini telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pembunuhan hingga menyebabka­n kematian Bill Kayong.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpang­an lampu isyarat berhampira­n Pasaraya Emart, Jalan Kuala Baram Bypass di sini.

Manakala pada 6 Jun lalu, Ravinthan mendapati pihak pendakwa berjaya mengemukak­an kes prima facie terhadap Fitri dalam kes ini, justeru memerintah­kannya supaya membela diri.

Pada tarikh sama, beliau memutuskan agar tertuduh Lie Chang Loon, Chin Wei Chung dan Datuk Stephen Lee Chee Kiang yang masing- masing merupakan tertuduh kedua, ketiga dan keempat dibebas dan dilepas tuduhan bersubahat membunuh Bill Kayong setelah mendapati tiada bukti kukuh dapat mengaitkan mereka dengan kesalahan didakwa.

Lie, 38, dari Taman Pin Fook; Chin, 51, dari Lorong 5 Krokop dan Datuk Stephen Lee, 45, dari Jalan Woodhouse, Tanjong Lobang di sini masing- masing didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang turut memperuntu­kkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu, ketiga-tiga tertuduh dituduh bersubahat dengan seorang lagi yang masih bebas mengupah Mohamad Fitri Pauzi untuk membunuh Bill Kayong.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Hadir sama mendengar kes itu semalam ialah peguam bela Ranbir Singh, Orlando Chua, Arthur Lee dan David Kuok serta dua peguam bela pemerhati bagi keluarga Bill iaitu Majen Panyog dan Jeffery Mok Hui Chung.

 ??  ?? TANGGUH: Fitri dieskot keluar dari bangunan mahkamah menuju ke kenderaan polis.
TANGGUH: Fitri dieskot keluar dari bangunan mahkamah menuju ke kenderaan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia