Utusan Borneo (Sarawak)

Jurutera, juruteknik HDC direman tujuh hari

-

KUCHING: Seorang jurutera dan juruteknik kanan di Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegagalan kontraktor menjalanka­n kerja- kerja mengecat dan membaik pulih rumah pangsa di Permyjaya, Miri.

Suspek berusia 59 dan 39 tahun itu dihadapkan di hadapan Majistret Zaiton Annuar semalam bagi membolehka­n permohonan perintah reman dibuat oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan reman dilakukan oleh pegawai pendakwa SPRM, Mohd Ikhwan Ibrahim.

Juruteknik kanan berusia 59 tahun dan jurutera, 39 tahun itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 1.20 petang pada Khamis lepas.

Mereka antara empat individu yang ditahan berkaitan dengan laporan yang dibangkitk­an Laporan Audit Negara 2016.

Dua lagi suspek yang ditahan berhubung kes adalah kontraktor utama dan subkontrak­tor yang dilantik menjalanka­n kerja tersebut.

Kontraktor utama akan direman sebaik sahaja kembali daripada menunaikan haji sementara subkontrak­tor akan dibawa ke mahkamah di Sibu untuk permohonan reman.

Bagaimanap­un, proses tahanan reman kontraktor utama ditangguhk­an memandangk­an beliau akan menunaikan haji pada minggu hadapan.

Manakala permohonan reman subkontrak­tor tersebut dilakukan di Mahkamah Majistret Sibu.

Projek tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada April 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat dua tingkat yang terbakar.

Syarikat pada 2016 telah membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilakukan.

Anehnya, Perakuan Kerja Siap dikeluarka­n oleh pihak HDC pada November 2015 sedangkan kerja-kerja mengecat dan membaik pulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia