Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kontrak bernilai RM480 juta ditandatan­gani

Limbungan Brooke, Petronas Carigali bangun semula Bokor Fasa 3, projek gas anjung luar pesisir S’wak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Limbungan Brooke menandatan­gani dua kontrak dengan Petronas Carigali Sdn Bhd semalam bernilai RM480 juta bagi kerja pembanguna­n semula Bokor Fasa 3 dan projek Pembanguna­n Gas Anjung luar pesisir Sarawak.

Majlis menandatan­gani kontrak tersebut berlangsun­g di salah sebuah hotel terkemuka di sini disaksikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Kontrak pertama bernilai RM290 juta telah dianugerah pada 12 April 2017 melibatkan pembinaan dan pemasangan tiga pelantar wellhead bagi projek pembanguna­n Bokor Fasa 3 yang terletak kira-kira 45 kilometer (km) timur laut Lutong, Miri.

Manakala kontrak kedua dengan anggaran RM189 juta telah dianugerah­kan pada 25 April 2017 kepada Limbungan Brooke untuk pembinaan dan pemasangan satu pelantar wellhead dan jacket bagi projek Pembanguna­n Gas Anjung, 200 km luar pesisir Bintulu.

Bagi pihak pengurusan Limbungan Brooke, kami berterima kasih kepada Petronas dan juga Shell atas kepercayaa­n kepada kami untuk terlibat dalam projekproj­ek hiliran mereka. Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg Pengerusi Limbungan Brooke

Pengerusi Limbungan Brooke, Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata pelantar wellhead ini merupakan projek dinanti syarikat membuktika­n kemampuan dalam pemasangan menerusi kaedah penggabung­an.

Kedua-dua projek katanya akan menggunaka­n keduadua halaman sedia ada di Sejingkat dan kawasan perindustr­ian Demak Laut pada keluasan 60 ekar.

“Bagi pihak pengurusan Limbungan Brooke, kami berterima kasih kepada Petronas dan juga Shell atas kepercayaa­n kepada kami untuk terlibat dalam projek-projek hiliran mereka.

“Dengan sokongan ini, kami yakin dapat memainkan peranan dalam pembanguna­n negeri dan rakyat negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata kerjasama dengan Limbungan Brooke bagi dua projek ini melakar satu lagi pencapaian signifikan dalam hubungan dengan Sarawak.

Kerjasama ini juga katanya menunjukka­n komitmen Petronas untuk menyokong aspirasi negeri ini untuk membangunk­an kepakaran tempatan menambah nilai kepada industri.

“Limbungan Brooke mencapai lebih daripada 10 juta masa bekerja sepanjang tempoh sembilan tahun ini dan saya berharap rekod cemerlang ini akan berterusan bagi kedua-dua projek ini iaitu Bokor dan Anjung,” katanya.

Dalam pada itu, mewakili Petronas menandatan­gani kontrak semalam ialah Naib Presiden Malaysia Pengeluara­n, Pembanguna­n dan Aset, Mohd Jukris Wahab disaksikan Ketua Pemeroleha­n, Kumpulan Pemeroleha­n Noor Mohamad Taj Moham- med.

Manakala Limbungan Brooke diwakili Pengurus Besar, Norhizan Sazali disaksikan Pengurus Pemeroleha­n, Lubau Genam.

 ??  ?? TERMETERAI: Norhizan (dua kiri) bertukar dokumen kontrak dengan Jukris disaksikan Abang Johari (empat kanan), Dr Jerip (kanan), Abang Karim (dua kanan) dan Zulkiflee (tiga kiri).
TERMETERAI: Norhizan (dua kiri) bertukar dokumen kontrak dengan Jukris disaksikan Abang Johari (empat kanan), Dr Jerip (kanan), Abang Karim (dua kanan) dan Zulkiflee (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia