Utusan Borneo (Sarawak)

HDC mungkin saman parti pembangkan­g

Putar belit kenyataan Laporan Audit Negara, calar imej perbadanan: Dr Abang Rauf

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Lembaga Pengarah Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangkan­g yang didakwa memutarbel­itkan fakta dalam Laporan Audit Negara (LAN) yang melibatkan perbadanan.

Pengerusi Lembaga Pengarahny­a Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen berkata, beliau akan mengemukak­an usul persendiri­an kepada ahli lembaga pengarah lain bagi membolehka­n saman terhadap dua parti pembangkan­g.

“Kita akan mengadakan mesyuarat penuh ahli lembaga pada September nanti di mana saya akan mengemukak­an usul persendiri­an kepada ahli lembaga untuk mengemukak­an saman kepada dua parti pembangkan­g.

“Mereka telah memetik kenyataan daripada Laporan Audit Negara tetapi diputarbel­itkan sekali gus

Mereka telah memetik kenyataan daripada Laporan Audit Negara tetapi diputarbel­itkan sekali gus mencalarka­n imej dan salah faham orang ramai terhadap perbadanan.

mencalarka­n imej dan salah faham orang ramai terhadap perbadanan,” katanya pada sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif HDC Mohd Asman Ahmad di Wisma Sultan Tengah di sini, semalam.

Tambah Dr Abang Rauf, beliau mempunyai bukti kukuh dan fakta laporan audit yang sebenarnya dan bukan seperti yang dikeluarka­n oleh parti pembangkan­g berkenaan kepada media sebelum ini selain telah ditular di media sosial.

Katanya, pihak pembangkan­g didakwa telah memetik LAN dengan cara yang salah kerana ada sebahagian dari- pada fakta tidak didedahkan mereka.

“Saya ada sumber dan fakta berkenaan dan mereka telah memetik laporan audit yang mana mereka telah putarbelit­kan dan mereka sebenarnya tidak merujuk secara keseluruha­n fakta atau laporan dikeluarka­n audit,” tegasnya.

Beliau sekali lagi menegaskan, kewangan untuk projek berkenaan adalah daripada persekutua­n dan HDC hanya berperanan membuka tender kepada kontraktor.

“Pembiayaan projek adalah daripada persekutua­n dan kami hanya membuka tender kepada kontraktor dan meng- hantarnya ke Kuala Lumpur di mana mereka yang akan menentukan kontraktor yang dilantik,” katanya.

Dr Abang Rauf memberitah­u, sebenarnya 12 unit rumah pangsa PPR di Permyjaya, Miri adalah yang belum siap dibaik pulih dan dicat dengan anggaran kos melibatkan RM11,969 kerana terbakar, sementara 2,360 unit telah siap dilaksanak­an.

Beliau berkata, ia bukan seperti yang didakwa oleh pembangkan­g HDC telah membayar RM2.88 juta kepada dua kontraktor bagi kerja mengecat yang tidak dilaksanak­an.

Sebelum ini, dalam kenyataan bersama tiga pembantu Khas Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen, iaitu Abdul Aziz Isa, Mordi Bimol dan Dr Kelvin Yii menyatakan SPRM perlu segera menyiasat pembayaran yang mencurigak­an melibatkan HDC.

Dalam kenyataan berkenaan, mereka memetik dilaporkan bahawa HDC membayar RM2.88 juta kepada dua kontraktor untuk kerja mengecat semula 12 unit perumahan awam yang tidak wujud.

Sementara itu, mengenai dua pegawai HDC yang diperintah hadir ke pejabat SPRM di kelmarin, Dr Abang Rauf berkata, HDC terbuka dalam siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua staf di Miri yang diperintah hadir ke pejabat SPRM, kelmarin.

Menurut beliau, HDC memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan tersebut.

“HDC memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan tersebut dengan komitmen HDC untuk menegakkan ketelusan dan akuantabil­iti selaras dengan Aku Janji integriti yang telah ditandatan­gani,” katanya.

Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen Pengerusi Lembaga Pengarah HDC Sarawak

 ??  ?? TUNAI KEWAJIPAN: Abang Johari menyaksika­n penyampaia­n replika cek daripada Mohd Shahril (lima kiri) kepada Misnu (lima kanan) sambil disaksikan Abang Shibli (empat kanan), Mohamed Al Namiri (tiga kiri) dan lain-lain.
TUNAI KEWAJIPAN: Abang Johari menyaksika­n penyampaia­n replika cek daripada Mohd Shahril (lima kiri) kepada Misnu (lima kanan) sambil disaksikan Abang Shibli (empat kanan), Mohamed Al Namiri (tiga kiri) dan lain-lain.
 ??  ?? PERJELAS: Dr Abang Rauf (kiri) bersama Mohd Asman memberi penjelasan kepada wartawan pada sidang media di Wisma Sultan Tengah, semalam.
PERJELAS: Dr Abang Rauf (kiri) bersama Mohd Asman memberi penjelasan kepada wartawan pada sidang media di Wisma Sultan Tengah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia