Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Taman Malihah bakal miliki masjid lebih besar, selesa

-

KUCHING: Penduduk Taman Malihah, di sini, khasnya bakal memiliki masjid lebih besar dan selesa dalam tempoh terdekat dengan adanya projek pembinaan semula Masjid Al-Furqan yang dijangka bermula pada Mac tahun depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, masjid berkenaan ketika ini hanya mampu menampung sekitar 600 jemaah dan masjid yang lebih besar amat diperlukan mengambil kira kepadatan penduduk di kawasan berkenaan.

Malah jelasnya, peruntukan bagi membina semula Masjid Al-Furqan itu telahpun mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Projek pembinaan semula masjid ini nanti akan dibiayai separuh oleh kerajaan negeri iaitu RM3 juta, manakala separuh lagi dibiayai kerajaan persekutua­n juga RM3 juta. Maka kos keseluruha­n pembinaan adalah RM6 juta.

“Jika tiada masalah, kita menjangkak­an memulakan kerja pembinaan semula masjid selewat-lewatnya Mac tahun hadapan (2018) dan akan memakan tempoh 24 bulan untuk disiapkan.

“Masjid Al-Furqan baharu itu kelak dijangka mampu memuatkan kira-kira 1,800 para jemaah seperti yang diharapkan oleh penduduk di sini (Taman Malihah dan kawasan sekitarnya),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas bermesyuar­at bersama ahli jawatankua­sa dan kariah masjid serta pihak perunding pem- binaan Masjid Al-Furqan di masjid itu, di sini semalam.

Kata Ahli Parlimen Petra Jaya itu, pada masa ini, kerja perincian mengenai pembinaan masjid itu se- dang berjalan termasukla­h permohonan tanah tambahan daripada kerajaan negeri.

“Kita juga memohon tanah tambahan di belakang masjid ini daripada kerajaan negeri bagi membina tembok besar kerana ada sungai di belakang sana dan setelah kita mengemukak­an permohonan ini sudah pasti peruntukan lebih besar diperlu,” jelasnya sambil menambah masjid baharu itu kelak berkeluasa­n lebih kurang satu ekar.

Justeru, jelasnya, ahli jawatankua­sa dan kariah masjid juga telah menyatakan persetujua­n untuk memulakan kutipan dana melalui kutipan wakaf dan sumbangan orang ramai sebagai dana tambahan bagi melancarka­n projek pembinaan masjid baharu tersebut.

Fadillah memberitah­u, sepanjang projek pembinaan masjid baharu itu nanti, para jemaah setempat dicadang untuk menggunaka­n surau sedia ada di kawasan berkenaan buat sementara waktu.

“Kalau mengikut perancanga­n jawatankua­sa pembanguna­n masjid, jemaah akan menggunaka­n surau sedia ada di kampung ini, cuma surau itu hanya dapat menampung lebih kurang 80 orang.

“Jadi ini diberi keutamaan kepada orang tua mungkin tiada kenderaan untuk pergi jauh, justeru, mereka akan ditempatka­n di surau berdekatan untuk menunaikan Solat Jumaat, di sana, manakala jemaah lain akan menggunaka­n masjid lain berdekatan,” jelasnya lagi.

Hadir sama pada mesyuarat berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ?? DIBINA SEMULA: Masjid Al-Furqan Taman Malihah Kuching akan dibina semula lebih besar dan selesa untuk kegunaan kira-kira 1,800 para jemaah di kawasan sekitarnya.
DIBINA SEMULA: Masjid Al-Furqan Taman Malihah Kuching akan dibina semula lebih besar dan selesa untuk kegunaan kira-kira 1,800 para jemaah di kawasan sekitarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia