Utusan Borneo (Sarawak)

BN bekerja demi rakyat bukan kerana pilihan raya: Fadillah

-

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bekerja untuk pilihan raya, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sebaliknya, menurut beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya, BN khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkhidmat dan bekerja untuk rakyat sepanjang masa demi negara dan negeri ini, khasnya.

Demikian katanya ketika mengulas pertanyaan media mengenai seorang ahli Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor yang kini giat berkempen bagi Pilihan Raya Umum ( PRU) kawasan Parlimen Petra Jaya.

“Itu hak mereka. Kita ( BN- PBB) bekerja bukan hanya untuk pilihan raya, tetapi kita bekerja sepanjang masa untuk rakyat negeri dan negara ini, tidak kira pilihan raya ataupun tidak.

“Kita juga akan sentiasa ada di lapangan bagi mendengar masalah dan kehendak rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa dan kariah Masjid Al-Furqan, di sini semalam.

Jelas Fadillah, BN juga sentiasa mencari penyelesai­an dan memfokuska­n kebajikan dan kesihatan rakyat sepan- jang masa dan tidak hanya ‘muncul’ setiap kali musim pilihan raya sahaja.

Nor Irwan disebut-sebut sebagai calon berpotensi PKR untuk merampas kerusi Petra Jaya dari BN dalam PRU yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Malah, Nor Irwan juga kelihatan sering mengunjung­i beberapa tempat di Petra Jaya dalam usaha kempen awalnya selain dibantu Pembantu Khas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Abdul Aziz Isa.

Nor Irwan merupakan bekas pensyarah tetapi kini bergiat dalam bidang perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia