Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Pesta Makanan 2017 anjuran BSMM Stampin 15 Oktober

-

KUCHING: Orang ramai dipelawa menyertai program jualan amal, Pesta Makanan 2017 anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Stampin di Pusat Ekumenikal Kristian di Jalan Stampin, pada 15 Oktober depan, bermula jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Stampin Raja Noor Akmar yang juga mengetuai jawatankua­sa penganjur dalam satu kenyataan semalam menggalakk­an penyertaan dari badan korporat, organisasi dan individu.

“Objektif utama aktiviti ini adalah untuk mengumpul dana membeli sebuah ambulans, membina bangunan baharu BSMM dan juga menampung keperluan servis kemanusiaa­n,” ujarnya.

BSMM Daerah Stampin merupakan satu organisasi sukarelawa­n yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen Malaysia, bagi menolong orang ramai yang memerlukan.

Sejak ditubuhkan pada 1999, BSMM Daerah Stampin mengumpul dana kemanusiaa­n melalui derma masyarakat dan mengumpul dana pemberian ikhlas untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang.

BSMM turut mengalualu­kan sumbangan ikhlas dalam bentuk derma atau barangan sempena aktiviti tersebut, sama ada menerusi pembelian kupon jualan amal, mendirikan gerai jualan, pemberian hadiah untuk cabutan bertuah atau sumbangan derma wang tunai mahpun cek.

Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan e- mel kepada David Law di alamat stampinrc@gmail.com atau menerusi talian 082419041 atau telefon bimbit 016-8982769 semasa waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia