Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy sahkan komitmen dalam keselamata­n sebagai keutamaan

-

KUCHING: Sarawak Energy terus menjadikan komitmen terhadap keselamata­n sebagai keutamaan utama dengan penganjura­n Minggu Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) 2017.

Ahli-ahli Jawatankua­sa Eksekutif Kumpulan dan ketuaketua jabatan turut menyertai ratusan kakitangan dan kontraktor, bersama rakan agensi untuk pelancaran acara pada Selasa, di pejabat Wilayah Barat di Bintawa, di sini.

Peserta-peserta dan ketuaketua jabatan menerima buku kecil Peraturan Menyelamat­kan Nyawa (LSR) Sarawak Energy dan plak serta buku kod amalan prosedur bekerja di tempat berisiko tinggi.

LSR diperkenal­kan awal tahun ini sebagai apa yang boleh dilakukan, dan apa yang tidak boleh dilakukan, untuk aktiviti-aktiviti dengan risiko keselamata­n berpotensi tinggi.

Dalam ucapan semasa pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sharbini Suhaili menyeru semua kakitangan dan kontraktor untuk lebih proaktif dalam aspek keselamata­n.

“Saya mahu Sarawak Energy berada di barisan hadapan pimpinan keselamata­n, supaya setiap orang yang bekerja dengan syarikat kita, dapat kembali dengan selamat kepada keluarga mereka setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, empat elemen perlu ditekankan untuk mempunyai kecemerlan­gan keselamata­n dalam sesebuah pertubuhan iaitu komitmen kepimpinan yang jelas; sistem, struktur dan alat komprehens­if bagi pelaksanaa­n penuh; kakitangan berwibawa yang diamanahka­n untuk menjalanka­n aktiviti kritikal; dan budaya diamalkan untuk selamat.

Menggambar­kan acara tahunan itu sebagai platform penting untuk menggalakk­an tanggungja­wab bersama, meningkatk­an kesedaran dan memupuk budaya keselamata­n yang kuat, Sharbini berkata, beliau berharap mesej tersebut adalah jelas.

“Matlamat perniagaan utama kami adalah agar keselamata­n disematkan dalam hati dan minda semua orang di setiap peringkat perniagaan kami,” kata Sharbini.

Syarikat itu turut memperkena­lkan maskot keselamata­n, BOLT, yang direka oleh seorang kakitangan, Jacqueline Romeo Tinggi.

Bolt merupakan singkatan bagi ‘Be Aware’ (berjaga-jaga), ‘Open your mind’ (buka minda anda), ‘Look at your surroundin­gs’ (lihat persekitar­an) dan ‘Take care of yourself and coworkers’ (jaga diri dan rakan sekerja anda).

Turut serta, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pembekal peralatan keselamata­n.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Sharbini (duduk, tengah) merakam kenangan bersama pengurusan atasan serta kakitangan pada pelancaran Minggu Korporat HSE 2017.
UNTUK ALBUM: Sharbini (duduk, tengah) merakam kenangan bersama pengurusan atasan serta kakitangan pada pelancaran Minggu Korporat HSE 2017.
 ??  ?? UTAMA KESELAMATA­N: Sharbini (kiri) bersama pemangku Naib Presiden Kesihatan, Keselamata­n, dan Alam Sekitar, Marconi Madai menunjukka­n poster maskot keselamata­n, BOLT.
UTAMA KESELAMATA­N: Sharbini (kiri) bersama pemangku Naib Presiden Kesihatan, Keselamata­n, dan Alam Sekitar, Marconi Madai menunjukka­n poster maskot keselamata­n, BOLT.
 ??  ?? KENANGAN: Peserta-peserta permainan teknikal.
KENANGAN: Peserta-peserta permainan teknikal.
 ??  ?? MANTAP: Pegawai keselamata­n Sarawak Energy.
MANTAP: Pegawai keselamata­n Sarawak Energy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia