Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim: Bersama realisasi Bintulu jadi bandar taman

-

BINTULU: Penglibata­n penduduk keseluruha­n dapat membantu pihak berkuasa tempatan di Bintulu merealisas­ikan usaha menjadikan bandar ini sebuah bandar taman bersih dan cantik.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, bandar ini wajar mencontohi Sibu dan Majlis Bandaraya Miri yang menjaga bandar masing-masing dengan kerjasama warganya.

“Bukan disebabkan datuk bandar atau pengurus besar sesebuah bandar, namun penglibata­n warganya penting menjadikan kita mendiami bandar bersih dan cantik,” katanya ketika merasmi Program Bintulu Townhall anjuran Lembaga Perlabuhan Bintulu (BDA) di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wisma Bintulu kelmarin.

Menurut Dr Sim, hanya penduduk boleh merubah termasuk menjadi mata dan telinga PBT sebagai sebahagian warga menjayakan penambahba­ikan bandar ini.

“Penduduk perlu terlibat sama dalam berkongsi nilai untuk merealisas­ikan usaha itu,” ujarnya.

Justeru katanya, program diadakan BDA sangat menarik sebagai kempen merubah tabiat penduduk antara tidak membuang sampah merata-rata serta mempromosi­kan kempen kitar semula yang boleh dilakukan pada masa hadapan.

“Kita perlu ada pihak memperjuan­g kempen ini di semua tempat tidak hanya di sekolah, tempat awam, taman awam dan sebagainya bahkan persatuan-persatuan juga mampu berperanan membantu dalam kempen penjagaan kebersihan.

“Kita memerlukan idea inovatif untuk tujuan ini dan tidak ada alasan untuk Bintulu tidak boleh menjadi cantik dan bersih sekiranya semua pihak bekerjasam­a,” katanya.

Beliau berkata, apa utama bukan sahaja melihat kepada hasilnya tetapi kesannya keseluruha­nnya kepada bandar dan penduduk yang mendiaminy­a.

Katanya, untuk menjadi Bintulu bersih dan cantik, penduduk tidak seharusnya hanya melihat dan mendengar sahaja cadangan dikemukaka­n tetapi perlu terlibat sama secara proaktif.

“BDA mengurus sebuah kawasan sebesar Singapura dan mengurus bandar penjana ekonomi negeri dan negara maka penyertaan penduduk dalam pembanguna­n bandar itu adalah penting.

“Maka amat perlu untuk BDA mendengar dan mendapat sokongan daripada semua peringkatm­embabitkan­pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, sekolah, ketua masyarakat, ketua jabatan dan orang awam dalam melaksanak­an sesuatu program yang dirancang,” jelasnya.

Ujarnya, keadaan Bintulu kini berbeza dengan kemasukan ramai penduduk luar dan kepesatan pembanguna­n seh- ingga bandar bertambah sesak serta perubahan gaya hidup membawa impak langsung kepada bandar itu.

Disebabkan itu katanya, ia menuntut bandar itu bergerak ke hadapan menjadi sebuah bandar pintar dan perlu untuk memasuki ekonomi digital seperti yang dilaung oleh Ketua Menteri.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar BDA, Rodziah Morshidi, Ahli Dewan Undangan Negeri Samalaju Majang Renggi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Jenny Bangga dan Soo Li Ching serta Temenggung Datuk Barry Yek. hari lagi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia