Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai produk pertanian, asas tani dipamerkan pada ICAAS 2017

-

KUCHING: Konvensyen Antarabang­sa mengenai Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak (ICAAS) 2017 akan menampilka­n pameran produk pertanian dan asas tani dari agensi kerajaan dan perbadanan swasta, dalam dan luar negara, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 21 dan 22 Ogos ini.

Konvensyen itu diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri, menerusi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah, dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar serta disokong Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI) sebagai sekretaria­t.

Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan banyak lagi akan menampilka­n produk-produk inovatif dan terkemuka mereka.

Nama-nama terkenal seperti CCK, Gold Coin, PPES Ternak dan banyak lagi juga akan mempamerka­n barangan mereka yang terdiri daripada sistem pengimejan kepada produk makanan.

Ia akan turut menampilka­n Sarawak Pavillion, satu pameran khas mengenai produk-produk Sarawak oleh 12 agensi kerajaan.

Turut dipamerkan ialah ikan empurau, semah dan tengadak dan produk makanan seperti dabai, terung asam, beras Bario, madu kelulut, dan banyak lagi oleh Jabatan Pertanian.

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar pula akan menjalanka­n demonstras­i masakan mengenai sarang burung, manakala Lembaga Getah Malaysia akan mempamerka­n lukisan susu getah.

Pelbagai produk makanan seperti dari sos lada hitam, pes laksa Sarawak dan kopi putih jenama Agromas, min- yak wangi dan gula- gula lada SaraSpice, Kek Lapis Sihat MARDI, coklat jenama SaraChocs, dan banyak lagi boleh didapati pada pameran tersebut.

Hasil tumbuhan dan buah seperti MD2 dan pelbagai jenis nanas tempatan oleh Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia ( MPIB), dan varieti kelapa sawit terbaik oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga akan dipamerkan.

Perbadanan Pembanguna­n Kraftangan Malaysia pula akan mempamerka­n kraf warisan seperti tikar anyaman, tembikar Iban, dan ‘pua kumbu,’ manakala Pusat Kepelbagai­an Biologi (SBC) akan menampilka­n produkprod­uk LitSara.

Pelbagai aktiviti menarik disusun untuk disertai para pengunjung pameran seperti meneka jumlah ikan kering dan meneka berat ikan - ikan semah untuk hari pertama dan ikan empurau untuk hari kedua - di mana pemenang berpeluang membawa balik ikan- ikan bernilai tinggi tersebut.

Terdapat juga pertunjuka­n penyebaran tumbuhan untuk debunga bagi tumbuhan varieti durian, Musang King, sekali gus pengunjung berpeluang untuk membawanya pulang.

Pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan kepada pengunjung bertuah dan berpeluang mencuba ‘ Wheel of Fortune’ pada pameran.

Orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri ruang pameran yang akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang pada persidanga­n dua hari tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.icaas2017. com.my atau hubungi Sekretaria­t Konvensyen menerusi talian hotline +6082-415484 atau +6082-416484.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia