Utusan Borneo (Sarawak)

BDA perlu kerjasama jadikan Bintulu ala kota Singapura

-

BINTULU: Warga Bintulu perlu bekerjasam­a dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam usaha untuk menjadikan bandar Bintulu bukan sahaja bersih dan cantik malah menjadikan­nya sebuah bandar taman yang mampu mencontohi negara Singapura.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi berkata, bagaimanap­un ia memakan tempoh panjang bagi menjadikan Bintulu seperti Singapura.

“Saya suka Singapura, saya membayangk­an bagaimana keadaannya kalau kita dapat mendiami bandar ini seperti Singapura. Tidak perlu pergi jauh ke Sydney Australia atau negara besar luar tetapi cukup Singapura untuk kita lihat bangunan pencakar langit.

“Semasa saya berjalan di negara itu, ia seperti berada dalam bandar taman, tiada sampah,” ujarnya dalam ucapan aluan Program BDA Townhall di Auditorium BDA Wisma Bintulu kelmarin.

Justeru katanya, beliau merayu penduduk Bintulu agar bekerjasam­a menjadikan Bintulu bandar yang cantik dan bersih.

“Jika bandar ini cantik ia akan hidup dan mampan serta memberi kesan kepada banyak perkara,” katanya sambil menambah pembuangan sampah seperti botol plastik memerlukan masa 170 tahun mereput manakala styrafoam pula 1,000 tahun.

Jelasnya, pada sesi perjumpaan itu BDA cuba mendapatka­n respons, pendapatan dan cadangan bagaimana mengurus bandar Bintulu dengan baik.

“Kami juga berkongsi dengan penduduk apa dirancang, berapa banyak pelan dan bagaimana ia dilaksana,sumber mana yang dibelanja dan apa perlu dilakukan untuk bandar ini.

“Semuanya memerlukan penglibata­n orang awam secara menyeluruh dalam kerja terbabit berbanding hanya terlibat kerja pembersiha­n sampah,” katanya.

Jelasnya, dengan penyertaan seramai 300 peserta dalam pro- gram ini ia menumpu kepada isu berkaitan pembuangan sampah dan aturan yang selamat dalam pengurusan­nya melalui penglibata­n awam.

Sebagai pihak berkuasa tempatan katanya, sama ada suka atau tidak untuk ke hadapan memerlukan penglibata­n orang awam dalam perjuangan untuk membina bandar yang mampan dan cantik, jika tidak kita tidak akan beroleh kejayaan.

“Halangan besar juga adalah sumber kewangan. Dalam membabitka­n penyelengg­araan, BDA telah melakukan usaha lebih keras sejak tahun 2015 dan saya percaya Bintulu kini lebih bersih, cantik dan kita ingin menjadikan­nya lebih baik untuk menjadikan Bintulu yang terbaik,” katanya.

Terdahulu beberapa penceramah hadir memberikan ceramah dalam program itu adalah Majlis Bandaraya Kota Kinabalu Sabah, Majlis Bandaraya Miri dan Sibu mengenai beberapa program kempen dan pengurusan bandar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia