Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan kebersihan tangan perlu diutama

Ia langkah efektif awal cegah jangkitan HCAI dan penyebaran kerintanga­n antimikrob­ial, kata Dr Sim

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pematuhan kebersihan tangan langkah efektif awal untuk mencegah jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan (HCAI) dan penyebaran kerintanga­n antimikrob­ial.

Sebab itu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, penting untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan mengamalka­n kebersihan tangan yang ketat terutama ketika bersama dengan pesakit.

Menurut beliau, HCAI adalah beberapa komplikasi yang paling biasa menjejaska­n pesakit di hospital.

Ini termasuk jangkitan saluran kencing (UTI), radang paru-paru, jangkitan laman pembedahan (SSI), jangkitan aliran darah (BSI) dan sepsis klinikal.

“Jangkitan- jangkitan ini boleh menyebabka­n klinikal yang serius, bebanan kos disebabkan tinggal lebih lama di hospital, meningkatk­an ketidakupa­yaan pencegahan kematian dan meningkatk­an rintangan antimikrob­ial,” ujarnya ketika berucap merasmikan program ‘Clean Care is Safer Care, Worldwide Action 2005-2017’ di Auditorium Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, setiap tahun tanpa gagal, fasiliti kesihatan di negeri ini menganjurk­an kempen kebersihan tangan di peringkat masing-masing.

Tahun ini, katanya, menyaksika­n kelainan positif dalam ak- tiviti kempen di mana kempen khas peringkat negeri diadakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas sambutan Hari Kebersihan Tangan Global tahunan pada setiap tanggal 5 Mei.

“Tahun ini, jabatan telah menganjurk­an pertanding­an melukis poster selari dengan seruan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2017 untuk kebersihan tangan dan menerima sambutan yang menggalakk­an.

“Kajian ke atas semua 23 hospital kami pada Februari lepas mendapati majoriti telah mengamalka­n kebersihan tangan pada tahap yang tinggi.

“Bagaimanap­un, satu komponen yang masih kekurangan ialah peringatan kebersihan tangan di tempat kerja dan di sinilah pertanding­an poster memainkan peranan di mana poster yang menang akan digunakan di semua fasiliti ini untuk peringatan kepada kakitangan dan orang awam,” katanya.

Meskipun, kesedaran mengenai kepentinga­n kebersihan tangan adalah penting, tetapi penting untuk melatih pekerja mengenai langkahlan­gkah kebersihan tangan yang betul.

Atas sebab itu, jabatan telah mengadakan program latihan kebersihan tangan di Kuching dari 14 hingga 17 Ogas yang lepas.

Programini­telahdiken­dalikan oleh Hospital University Geneva, Pusat Kolaborati­f WHO dan disahkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Seramai 80 peserta menghadiri program ini terdiri daripada kakitangan hospital kerajaan dari seluruh negara termasuk tiga peserta dari Singapura.

Program ini, menurut Dr Jamilah, merupakan satu contoh usaha oleh WHO dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk memastikan amalan kebersihan tangan disebarkan bagi mengurangk­an HCAI di seluruh dunia.

Turut hadir Prof Dr Didier Pittet yang merupakan Pengarah Pusat Kolaborati­f WHO dan Program Kawalan Jangkitan, University of Geneva Hospital dan Fakulti Perubatan Geneva, Switzerlan­d, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr Kamarudin Lajim, Pengarah HUS Chin Zin Hing serta yang lain.

Jangkitan-jangkitan ini boleh menyebabka­n klinikal yang serius, bebanan kos disebabkan tinggal lebih lama di hospital, meningkatk­an ketidakupa­yaan pencegahan kematian dan meningkatk­an rintangan antimikrob­ial. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? CARA BETUL: Dr Sim (dua kiri) menunjukka­n cara membersih tangan dengan betul sebelum merasmikan ‘Clean Care is Safer Care, Worldwide Action 2005-2017’ di Auditorium HUS, semalam. Turut kelihatan Dr Didier (kiri) dan Jamilah (belakang kiri).
CARA BETUL: Dr Sim (dua kiri) menunjukka­n cara membersih tangan dengan betul sebelum merasmikan ‘Clean Care is Safer Care, Worldwide Action 2005-2017’ di Auditorium HUS, semalam. Turut kelihatan Dr Didier (kiri) dan Jamilah (belakang kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia