Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif subsidi RMR1M usaha k’jaan bantu rakyat

Sokong program untuk membina rumah sempurna dan selesa di atas tanah milik sendiri, kata Sagah

-

Saya amat menyokong program tersebut kerana ia merupakan satu program khas yang diberikan oleh kerajaan bagi membantu rakyat lebihlebih lagi golongan berpendapa­tan rendah.

KUCHING: Inisiatif subsidi program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ( RMR1M) yang diperkenal­kan kerajaan selari dengan usaha untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah, kata Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tarat, program seumpama itu harus disokong bertujuan untuk membina rumah sempurna dan selesa di atas tanah milik sendiri.

“Saya amat menyokong program tersebut kerana ia merupakan satu program khas yang diberikan oleh kerajaan dan membuktika­n kesungguha­n kerajaan dalam membantu rakyat lebih-lebih lagi kepada golongan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Subsidi Kepada Pemohon RMR1M dan Serahan Inden Kerja Kontraktor RMR1M bagi ka-

Datuk Roland Sagah Wee Inn Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat

wasan DUN Tarat daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Cawangan Negeri Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Siburan dekat sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an agar SPNB menimbang semula cadangan pembinaan rumah yang bertiang tinggi bagi kawasan yang sering dilanda banjir.

Beliau juga menyeru pihak kontraktor yang terlibat melihat program tersebut sebagai satu tanggungja­wab sosial (CSR) kepada rakyat, seterusnya melakukan pembinaan rumah dengan baik dan cepat agar dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak.

Sehubungan itu, Roland juga meminta Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk mempercepa­tkan proses pengukuran tanah untuk tujuan hak pemilikan tanah agar lebih ramai pemohon khususnya generasi muda yang sudah berkeluarg­a untuk memohon rumah mesra rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pihak berkuasa agar mempercepa­tkan kerja naik taraf Jalan Padawan yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri pada tahun 2015.

Pada majlis itu, seramai 12 pemohon menerima sijil kelayakan subsidi program RM1RM, manakala lapan kontraktor menerima in- den kerja bagi pembinaan RMR1M bagi kawasan DUN Tarat.

Majlis turut disaksikan oleh Pegawai Perhubunga­n SPNB Negeri Sarawak Wan Habeeb Alli Wan Yep Mohdzar dan Angela Ajas mewakili pihak Pejabat Daerah Kecil Siburan.

Pada majlis tersebut juga, Sagah menyumbang­kan tiga kerusi roda kepada penerima.

Sebanyak 61 permohonan daripada pemohon di kawasan DUN Tarat telah diterima, 21 unit telah diserah kunci dan 14 unit telah diluluskan pada tahun 2017.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Sagah (lima kiri) merakam kenangan bersama semua pemohon RM1RM dan penerima inden kerja kontraktor RM1RM di Siburan, kelmarin.
TERIMA KASIH: Sagah (lima kiri) merakam kenangan bersama semua pemohon RM1RM dan penerima inden kerja kontraktor RM1RM di Siburan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia