Utusan Borneo (Sarawak)

LKIM perkenal Q’Fish, ikan segar beku harga berpatutan untuk pengguna

-

LIMBANG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) menawarkan ikan segar beku berkualiti sebagai pilihan dengan harga berpatutan kepada pengguna dengan memperkena­lkan program atau jenama Q’Fish ( Gelombang Jualan Ikan Sejuk Beku) di Limbang.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata jenama Q’Fish, merupakan penjenamaa­n semula bagi Program Ikan Rakyat LKIM yang telah diperkenal­kan bermula pada tahun 2013.

Katanya program itu diperkenal­kan bagi membantu mengstabil­kan harga ikan dalam mengurangk­an impak peningkata­n kos sara hidup pengguna.

“Q’Fish ini diperkenal untuk memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi dan mewujudkan stok simpanan ikan segar beku.

“Kita menjangkak­an jualan Q’Fish di Limbang sebanyak 50 kilogram ikan kembung dan 30 kilogram ikan selar sebagai promosi,” katanya pada Program Q’Fish di sini semalam.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Residen Limbang Datu Maria Hasman, Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) Wilayah Tiga Miri Saliah Mudin dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Limbang Stredella Romina dan Pengerusi PNK Limbang Sondit Mail.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi program Gelombang Jualan Terus Q’Fish kepada rakyat diharap akan dapat meningkatk­an penerimaan dan kesedaran pengguna melalui nilai khasiat terkandung, kesesuaian mengikut cadangan hidangan dan aspek ekonomi di mana Q’Fish bersifat tahan lama, menawarkan kadar harga yang berpatutan serta tidak bergantung pada fak- tor cuaca atau musim.

Inisiatif ini katanya dapat membantu rakyat dan dalam masa yang sama menggalakk­an pengambila­n ikan segar beku.

Program Q’Fish melibatkan penyertaan daripada Persatuan Nelayan ( PN) yang terpilih dalam pembekalan dan pengedaran Q’Fish ke outlet yang dikenal pasti.

Pelantikan pembekal adalah bagi tujuan mengawal harga dan memastikan kualiti ikan mencapai standard yang ditetapkan dengan harga siling yang ditetapkan oleh LKIM.

Persatuan Nelayan Kebangsaan ( Nekmat) pula dilantik sebagai pembekal rasmi Q’Fish, selain Persatuan Nelayan Negeri Kedah ( NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan ( PNK) Besut, Terengganu.

Sumber pembekalan ikan Q’Fish adalah daripada sumber tempatan dan jika perlu diimport. Kesemua ikan ini akan dibekukan menggunaka­n teknologi Individual Quick Freezing ( IQF).

 ??  ?? SEGAR: Dr Abdul Rahman (dua kiri) merasmikan Q’Fish, ditemani Saliah (kiri), Maria (tiga kiri), dan Sondit (kanan) semalam.
SEGAR: Dr Abdul Rahman (dua kiri) merasmikan Q’Fish, ditemani Saliah (kiri), Maria (tiga kiri), dan Sondit (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia