Utusan Borneo (Sarawak)

Rumah kontena terbakar, tiga pekerja selamat

-

SIBU: Tiga pekerja sebuah syarikat di sini terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan selepas rumah kontena dijadikan sebagai tempat penginapan sementara terbakar.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi semalam di Jalan Sungai Ma’aw di sini.

Sebuah lori ditinggalk­an berhampir rumah kontena terbabit turut disambar api se- hingga menyebabka­n pembuka pintu penumpang di sebelah kiri terbakar.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya jam 9.32 pagi. Jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. MIRI: Pasport milik tiga beranak dijumpai tercicir oleh orang awam di tepi sebatang jalan di kawasan Tukau di sini pagi Rabu lalu.

Passport terbabit milik Lau Li Hui, 33, dan dua anaknya, Eideen Lau Kho Qian, 4, dan Jackson Lau Kho Sheng, 2, dijumpai seorang lelaki warga emas dikenali sebagai Liew Kin Tuat.

Menurut Liew, 63, sekitar jam 10 pagi, 16 Ogos, ketika melalui sebatang jalan di ka- wasan Tukau, dia ternampak sebuah beg berwarna biru dalam keadaan zip terbuka dan basah di tepi sebuah parit berhampira­n jalan itu.

Dia menghampir­i beg dan ternampak tiga pasport Malaysia dan satu buku bank di dalam beg yang sudah basah.

“Memandangk­an ia merupakand­okumenpent­ing, sayaterus mengambiln­ya dan membawa balik ke rumah serta menjemurny­a.

“Justeru hari ini saya bawa ke sini(pejabatakh­bar) untukpihak akhbar menyiarkan berita penemuan pasport ini bagi memudahkan pemiliknya menuntut,” katanya sambil memberitah­u semasa menjumpai dokumen itu dia dalam perjalanan ke rumah seorang kawan di kawasan berhampira­n.

Sehubungan itu menurut Liew, pemilik terbabit yang hendak menuntut pasport berkenaan, bolehlah menghubung­i beliau melalui talian 0111935984­2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia