Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK diingat guna peruntukan pulihara sungai dan parit

-

MIRI: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bagi Parlimen Sibuti diingat agar mengguna peruntukan projek pemulihara­an sungai dan parit dengan sebaiknya dan menyiapkan projek dalam tempoh tiga bulan.

Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri Hidayati Ismail berkata pihaknya menjangka kesemua kampung dan rumah panjang dapat menyiapkan projek ini pada November kelak.

“Sedia maklum projek ini dijalankan secara gotong royong, minta kerjasama JKKK dapat menentukan lokasi sungai dan parit yang akan dibersihka­n.

“JPS Miri akan memantau projek ini dari semasa ke semasa bermula dari cadangan tempat, pertengaha­n perlaksana­an projek dan terakhirny­a apabila projek telah siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pemberita selepas Majlis Penyerahan Inden Kerja Secara Gotong Royong Bagi Pemulihara­an Sungai untuk Menguragka­n Risiko Banjir bagi Parlimen Sibuti yang disampaika­n oleh Ahli Parlimenny­a Ahmad Lai Bujang.

Pada majlis tersebut seramai 130 JKKK rumah panjang dan kampung bagi Parlimen tersebut masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM5,000 bagi projek ini.

Peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutua­n melalui JPS ini berjumlah keseluruha­n RM650,000.

Tambah Hidayati lagi, beliau berharap JKKK setiap kampung dan rumah panjang dapat menyertaka­n gambargamb­ar sebagai bukti projek tersebut dilaksanak­an di kawasan mereka.

Sementara itu, Ahmad Lai dalam ucapannya berkata beliau selalu menerima aduan rakyat kawasan parlimenny­a meminta bantuan untuk membersihk­an parit dan sungai yang tersumbat.

“Parit di kawasan kediaman kita boleh tersumbat disebabkan oleh timbunan kayu dan daun banyak menyebabka­n air tidak dapat mengalir dengan baik.

“Ini juga merupakan salah satu faktor terjadinya banjir teruk di beberapa kawasan akibat sistem perparitan yang tidak diselengga­ra,” katanya.

Ahmad Lai mengingatk­an agar JKKK kampung dan rumah panjang dapat menggunaka­n peruntukan kerajaan pusat ini bergotong-royong dengan penduduk membersihk­an parit dan sungai kelak.

Turut hadir Residen Miri Sherrina Husaini, Timbalan Pegawai Daerah Miri Sharifah Rafidah Wan Razali dan Pegawai Daerah Subis Husini Bakir.

 ??  ?? SERAH: Hidayati menyerahka­n replika cek bernilai RM650,000 kepada Ahmad Lai untuk projek pemulihara­an sungai dan parit.
SERAH: Hidayati menyerahka­n replika cek bernilai RM650,000 kepada Ahmad Lai untuk projek pemulihara­an sungai dan parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia