Utusan Borneo (Sarawak)

PPVS anjur pemvaksina­n antirabies di beberapa kampung Serian hari ini

-

KUCHING: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak ( JPVS) mengadakan Program Pemvaksina­n Anjing di beberapa kampung bahagian Serian hari ini.

Menurut kenyataan sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, semalam antaranya Kampung Panchor Dayak dan Panchor Cina, Kampung Semada Belatok, Semada Mawang dan Semada Tengah selain Kampung Semukoi A dan Semukoi Empegang.

Program turut diadakan di Kampung Sungai Apeng, Slabi Entukuh, Sungai Buruh dan Singai Turong, Kampung Stigang Semuko, Tian Mawang dan Tian Sekawan serta Kampung Tapang Maong, Muara Tangga dan Beruan.

Program pemvaksina­n sepatutnya dijadual semalam bagaimanap­un ditangguh bagi memberi laluan program Pemvaksina­n Antirabies kepada petugas wabak rabies.

Secara kumulatif, sebanyak 32,222 haiwan kesayangan yang terdiri dari 24,580 anjing, 7,597 kucing dan 45 haiwan lain telah divaksin.

JPVS juga meneruskan aktiviti penyiasata­n kes dilapor berkaitan wabak rabies dan sebanyak 36,319 survelan aktif dan 889 survelan pasif untuk mengawal penularan wabak rabies telah dilakukan JPVS di kawasan Serian, Kuching dan Sri Aman.

Sejumlah 193 sampel terdiri daripada 175 sampel anjing, 17 sampel kucing dan 1 sampel kelawar yang diperolehi dari Bahagian Kuching, Sri Aman, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Miri telah dihantar ke VRI, Ipoh untuk ujian virus Rabies.

Setakat ini, 36 sampel anjing dan 6 sampel kucing dari Bahagian Kuching, Serian dan Sri Aman telah disah positif daripada 180 keputusan sampel yang diterima.

Operasi bersepadu yang dikendali Kementeria­n Kerajaan Tempatan bersama JPVS setakat ini telah menangkap 1,085 anjing terbiar di Bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Samarahan dan Betong sebagai langkah mengawal populasi anjing terbiar bagi mengekang jangkitan wabak penyakit tersebut.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumka­n bahawa sebanyak 84 kes gigitan baharu dilapor pada hari ini; iaitu 17 kes daripada Bahagian Serian, tiga kes daripada Bahagian Sri Aman, 56 kes daripada Bahagian Kuching dan lapan kes daripada Bahagian Samarahan. Daripada jumlah tersebut, 72 kes melibatkan haiwan peliharaan iaitu anjing 49 kes dan kucing 23 kes.

Manakala, 12 kes pula melibatkan haiwan liar atau tidak bertuan, iaitu, anjing sembilan kes, kucing dua kes dan monyet satu kes.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan haiwan yang berlaku mulai 01 April 2017 hingga ke hari ini, adalah berjumlah 2,670 kes dan secara kumulatif juga, seramai 985 orang telah menerima suntikan vaksin antirabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia