Utusan Borneo (Sarawak)

30 pelajar sains seni bina UCTS sertai bengkel di Johor

-

SIBU: Seramai 30 pelajar sains seni bina Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) berangkat ke Johor semalam bagi menyertai Bengkel Pelajar Seni Bina Kali Ke-29 dari 19 hingga 23 Ogos di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Bengkel diadakan setiap tahun itu merupakan anjuran Fakulti Alam Sekitar UTM dan disertai pelajar-pelajar institusi seni bina dari seluruh negara.

Bengkel ini adalah program lima hari di UTM dan sebanyak 27 institusi dari seluruh negar berkumpul di UTM dan pelbagai aktiviti diadakan sama ada aktiviti luar atau dalam kampus.

Bertemakan ‘N3ON’ membawa definisi warna dan cahaya, peserta khususnya pelajar UCTS berpeluang meneroka tafsiran di sebalik kepelbagai­an warna dan cahaya dalam alam sekitar.

Ini merupakan kali kedua pelajar UCTS mengambil bahagian dalam bengkel itu dan diiringi tiga pensyarah sebagai pengiring iaitu Aimi Nabiha Mohd Kamal, Muhammad Khairi Ismail dan Muhammad Oliver Ensor Silini.

Sepanjang bengkel itu, pelajar UCTS bersama pelajar-pelajar dari institusi lain terlibat pelbagai aktiviti dan pertanding­an merangsang kemahiran berfikir secara kreatif dengan memasukkan prinsip-prinsip reka bentuk serta kualiti ruang, tingkah laku sosial dan apresiasi ruang.

Bengkel ini menyediaka­n landasan kepada peserta memperluas rangkaian, komunikasi, penglibata­n dan hubungan mereka dengan kepintaran baharu dan mengoptimu­mkan kreativiti, keyakinan, disiplin diri dan kemahiran komunikasi.

Antara pertanding­an diadakan ialah reka bentuk, fotografi, filem pendek dan sebagainya.

 ??  ?? BENGKEL: Sebahagian pelajar seni bina UCTS bersama pensyarah menyertai bengkel tersebut berangkat ke Johor, semalam.
BENGKEL: Sebahagian pelajar seni bina UCTS bersama pensyarah menyertai bengkel tersebut berangkat ke Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia