Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan PLKN Kem PLKN Junaco Park masih dibuka

-

SIBU: Permohonan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 Kumpulan Ke-3 bagi siri ke-14 2017 diadakan di Kem PLKN Junaco Park adalah masih dibuka kepada individu berminat.

Menurut kenyataan akhbar, Program Latihan Khidmat Negara 2.0 itu bermula dari 30 September hingga 28 November 2017.

Untuk sebarang pertanyaan, calon-calon berminat boleh menghubung­i Komandan PLKN Kebangsaan Junaco Park Lt Kol Rusman Sanip ( 012- 2401819) atau sekretaria­t Yusuf Badri (010-5996977) atau Masmoni Kadir (011-25093390).

Selain itu, borang permohonan juga boleh didapati secara percuma atau boleh mendaftar secara langsung melalui pendaftara­n dalam talian di laman sesawang www. khidmatneg­ara.gov.my.

Program lapan minggu itu melibatkan lapan modul baharu iaitu Fit4life, Pembelajar­an Perkhidmat­an, iUpgrade, Malaysiaku, Be Safe + Be Alert, Tech + Talk, myFuture dan pembelajar­an alam sekitar.

Program Pembelajar­an Bersepadu baharu memberi tumpuan kepada nilai-nilai penting dapat membangunk­an karekter dan kemahiran diri peserta.

Sementara itu, mereka menyertai Program Latihan Khidmat Negara 2.0 perlu memenuhi semua kriteria iaitu lahir pada 1999 atau tiga tahun sebelum iaitu 1998, 1997 atau 1996.

Peserta harus warganegar­a Malaysia memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bersikap cergas dan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan serta berminat menghadiri latihan kemahiran dalam bidang teknikal di pusat latihan diiktiraf.

Tempoh latihan 3-36 bulan bergantung kepada modul kemahiran teknikal dan tahap sijil ditawarkan kepada pelatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia