Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an simulasi cetus idea mula perniagaan

-

MIRI: Buat julung kalinya Pertanding­an Simulasi Permulaan Perniagaan diadakan di Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) sempena penganjura­n Hari Akauntan 2017 baru-baru ini.

Ia dianjurkan Kelab Akauntan Curtin Malaysia (ACCM) dengan kerjasama Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan ditaja oleh Crowe Horwath dan Ernst & Young bertujuan memberi pendedahan dunia perakaunan dan perniagaan kepada pelajar.

Lebih 40 pelajar perniagaan dan kejurutera­an mengambil bahagian dalam pertanding­an diadakan selepas taklimat mengenai MICPA oleh duta pelajar MICPA, Humayun Babar.

Peserta dibahagika­n kepada 10 kumpulan dan mereka melalui pertanding­an secara empat peringkat berkaitan langkah memulakan perniagaan.

Peringkat pertama, setiap kumpulan menentukan aktiviti perniagaan, nama syari- kat, logo, visi dan misi diikuti peringkat kedua membina carta organisasi dan menentukan gaji yang bersesuaia­n dengan jawatan.

Seterusnya peserta merancang strategi pemasaran mempromosi produk atau perkhidmat­an diikuti peringkat terakhir mengembang­kan bajet syarikat.

Setiap peserta dikehendak­i menyalurka­n idea mereka mengenai perancanga­n perniagaan.

Sementara itu kumpulan 5 terdiri daripada Wong Kar Kar, Lim Sy Shyan, Yvonne Kong dan Ling Fong muncul juara manakala kumpulan 8 terdiri daripada Wong Jen Lam, Ann Chin dan Christine Chuo dan kumpulan 1 terdiri daripada Farhan Hossain, Syed Murtuza Mahmood dan Stephen Tan masing-masing ditempat kedua dan ketiga.

Dua lagi kumpulan turut menerima anugerah untuk kumpulan berpasukan terbaik dan kemahiran persembaha­n terbaik.

 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Peserta bergambar bersama penganjur pertanding­an.
RAKAM KENANGAN: Peserta bergambar bersama penganjur pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia