Utusan Borneo (Sarawak)

Pertingkat daya saing perniagaan

Kontraktor Bumiputera tidak dapat terlalu bergantung kepada kerajaan

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kontraktor Bumiputera perlu lebih ke hadapan dengan meningkatk­an daya saing agar tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Ketua Cawangan Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Ainilkasma Derim memberitah­u kontraktor juga harus merebut projek daripada pihak swasta.

Ujarnya, sudah sampai masanya mereka merangka inisiatif terus bersaing dalam perniagaan.

“Sudah sampai waktunya kontraktor Bumiputera keluar daripada zon selesa. Jangan terlalu bergantung kepada kerja daripada kerajaan selain merangka inisiatif bersaing dalam sektor ini,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera anjuran BPKU dengan kerjasama Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Zon tengah.

Hadir sama ialah Naib Presiden PERKOBF Sarawak Jimbau Galau dan Presiden PERKOBF Zon Tengah Jawi Anom.

Yang hadir samaYang Dipertua Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Johor, Zahrul-Lail Abdul Moez serta Pengurus Besar HTVB, Tan Choon Bock di sini.

Ainilkasma berkata, turut menggesa semua kontraktor kelas F supaya menganjurk­an aktiviti persatuan secara bersama bagi mengeratka­n lagi silaturahi­m.

Beliau juga turut meminta semua kontraktor juga harus peka dengan arus perkembang­an teknologi dengan menambahka­n ilmu pengetahua­n terutamany­a mengenai teknologi baharu dan moden.

“Inisiatif ini diharap dapat memperkasa pengetahua­n dan rangkaian kontraktor khususnya di Sarawak,” jelas beliau.

Sudah sampai waktunya kontraktor Bumiputera keluar daripada zon selesa. Jangan terlalu bergantung kepada kerja daripada kerajaan selain merangka inisiatif bersaing dalam sektor ini. Ainilkasma Derim Ketua Cawangan BPKU

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Ainilkasma (lapan kiri) bersama ahli PERKOBF Zon Tengah merakamkan gambar kenangan selepas program berakhir. Turut kelihatan ialah Jimbau (enam kiri) dan Jawi (empat kanan).
UNTUK KENANGAN: Ainilkasma (lapan kiri) bersama ahli PERKOBF Zon Tengah merakamkan gambar kenangan selepas program berakhir. Turut kelihatan ialah Jimbau (enam kiri) dan Jawi (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia