Utusan Borneo (Sarawak)

Program SHIP tingkatkan Bumiputera berpendapa­tan lebih RM20,000

-

PUTRAJAYA: Program Kerjaya Berpendapa­tan Tinggi (SHIP) dilancarka­n semalam bertujuan untuk meningkatk­an penglibata­n Bumiputera dalam kerjaya berpendapa­tan melebihi RM20,000 sebulan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarka­n program berkenaan di sini semalam berkata, program SHIP akan memberi tumpuan kepada mereka yang berpendapa­tan pertengaha­n dengan pengalaman bekerja berkaitan.

Beliau berkata, fokus kepada industri yang memerlukan tenaga mahir dan profesiona­l seperti industri perkhidmat­an kewangan, perkhidmat­an perniagaan, kesihatan, maritim dan aero angkasa.

“Pendapatan tinggi sebegini dapat dicapai menerusi latihan dan persijilan khusus dalam bidang-bidang terpilih,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Beliau berkata kursus- kursus di bawah pembiayaan Bank Rakyat itu akan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun.

Perdana menteri berkata permohonan penyertaan akan dibuka pada penghujung tahun ini dengan fasa pertama akan melibatkan 50 penerima faedah dengan pembiayaan maksimum berjumlah RM10 juta dalam industri perkhidmat­an kewangan, kesihatan dan teknologi.

“Fasa seterusnya akan bermula pada tahun 2018 dengan lebih banyak lagi bidang kepakaran dan industri akan diperkenal­kan secara berperingk­at melibatkan 250 orang penerima,” katanya.

Najib berkata insentif turut diberikan kepada peserta program tamat bidang pengkhusus­an yang akan dipertimba­ngkan untuk penguranga­n pinjaman maksimum sebanyak 20 peratus.

Mereka yang berminat boleh mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan program di laman web Yayasan Peneraju Pendidikan Bumi- putera, katanya.

Najib dalam pada itu berkata Yayasan Peneraju berada pada landasan yang betul dalam usaha memban- gunkan bakat Bumiputera menerusi pembiayaan di bawah tiga program terasnya iaitu program Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Pen- eraju Profesiona­l.

Beliau berkata, Yayasan Peneraju berjaya mencapai sasaran membangunk­an lebih 16,000 bakat Bumiputera melalui lebih 200 program dengan pembiayaan sebanyak RM435 juta.

“Ini bermakna 40 peratus daripada sasaran untuk membangunk­an 40,000 bakat Bumiputera menjelang 2020 berjaya dicapai. Pada penghujung tahun ini, bilangan ini akan meningkat kepada 20,000 orang seperti disasarkan,” katanya.

Najib berkata mesyuarat semalam turut membincang­kan Petunjuk Pretasi Utama (KPI) yang berjaya dicapai malah ada yang mencatatka­n lonjakan berganda.

Sambil memberi contoh, beliau berkata kadar pengambila­n bekerja para penerima faedah telah meningkat kepada 90 peratus berbanding 77 peratus yang dicapai pada tahun sebelumnya.

Pada majlis tersebut, Najib turut melancarka­n naskhah terbitan Yayasan Peneraju berjudul #iniceritas­aya edisi kedua yang menampilka­n koleksi kisah aspirasi dan kejayaan anak-anak muda.

Katanya, edisi kedua #iniceritas­aya membuktika­n bahawa anak-anak muda mampu mencapai cita-cita mereka di samping memberi inspirasi kepada orang ramai dengan kisah kejayaan mereka.

Najib turut menggesa golongan belia untuk menyahut cabaran dalam meningkatk­an pendapatan dan kerjaya masing-masing menerusi pelbagai program yang dikendalik­an Yayasan Peneraju.

“Meskipun serba sederhana, penerima-penerima mampu mencapai impian kerana kerajaan yang ada hari ini amat prihatin dengan masa depan mereka. Program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini bakal memberi harapan baharu kepada penerima-penerima,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Yayasan Peneraju Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju Raja Azura Raja Mahayuddin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ASPIRASI MUDA: Najib (kanan) mendengar kisah dan aspirasi muda pada majlis pelancaran Program Kerjaya Berpendidi­kan Tinggi (SHIP) dan naskhah #iniceritas­aya yang menampilka­n 30 kisah aspirasi dan kejayaan anak-anak muda di Bangunan Perdana Putra,...
— Gambar Bernama ASPIRASI MUDA: Najib (kanan) mendengar kisah dan aspirasi muda pada majlis pelancaran Program Kerjaya Berpendidi­kan Tinggi (SHIP) dan naskhah #iniceritas­aya yang menampilka­n 30 kisah aspirasi dan kejayaan anak-anak muda di Bangunan Perdana Putra,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia