Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan cepat hukum guru yang cuba disiplin pelajar

Guru tidak sewenang-wenangnya menghukum pelajar

-

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) semalam meminta semua pihak supaya menghormat­i dan yakin terhadap peranan guru dengan memberikan ‘sedikit kuasa’ kepada mereka bagi menangani isu disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Setiausaha NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata guru tidak sewenang-wenangnya menghukum pelajar, malahan sekiranya ada pelajar yang didenda dan dihukum, tindakan itu diambil kerana pelajar itu telah melakukan kesalahan seperti bertindak kasar dan memukul guru hingga mampu membawa impak negatif kepada semua pihak terbabit.

“Oleh itu, pihak NUTP menyaranka­n agar guruguru yang menjalanka­n hukuman seperti mendenda murid tidak dijadikan isu

Ibu bapa dan murid lebih tahu hak masing-masing. Perkara ini bertambah dan menjadi rumit apabila kebelakang­an ini beberapa kes disiplin murid dan guru telah dipaparkan dalam media sosial dan ada sesetengah isu sengaja ditularkan oleh ibu bapa atau murid itu sendiri.

sehingga boleh menyebabka­n guru berkenaan dibawa atau diheret ke mahkamah seolah-olah guru itu yang bersalah.

“Ini kerana tindakan yang diambil oleh guru adalah bertujuan mendisipli­nkan murid dan membentuk mereka menjadi insan yang berintegri­ti tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata dalam menangani isu disiplin pelajar, semua pihak perlu ‘duduk semeja’ dan mencari jalan penyelesai­an bagi menangani isu ini secara telus.

Menurut Tan, NUTP juga merayu supaya guru-guru yang menjalanka­n tugas tidak mendapat tekanan daripada pihak luar termasuk Kementeria­n Pendidikan, polis dan masyarakat sehingga mereka takut untuk menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab masing-masing sebagai warga pendidik.

Beliau berkata isu disiplin sebenarnya bukan satu masalah baharu kerana ia telah wujud sejak dahulu lagi namun kini masalah itu amat berbeza.

“Ibu bapa dan murid lebih tahu hak masing-masing. Perkara ini bertambah dan menjadi rumit apabila kebelakang­an ini beberapa kes disiplin murid dan guru telah dipaparkan dalam media sosial dan ada sesetengah isu sengaja ditularkan oleh ibu bapa atau murid itu sendiri,” katanya.

Menurutnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan kuasa guru merotan murid telah lama disediakan oleh Kementeria­n Pendidikan dan semua pihak perlu sedar bahawa tujuan utama pelaksanaa­n hukuman rotan oleh pengetua dan guru-guru yang diberikan kuasa adalah sebahagian daripada proses pendidikan. — Bernama

Harry Tan Huat Hock Setiausaha NUTP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia