Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar pukul guru: Mahdzir mahu sekolah dan Jabatan Pendidikan bertindak tegas

-

PADANG TERAP: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu jabatan pendidikan daerah dan sekolah yang terlibat dalam insiden pelajar memukul guru dengan kerusi pada Jumaat lalu mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.

Katanya perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di sebuah sekolah.

“Saya masih belum dapat laporan penuh berkaitan kes terbabit, jadi belum tahu keadaan sebenar yang menyebabka­n perkara itu terjadi. Tetapi kalau mengikut peraturan sekolah, pelajar terbabit tetap bersalah kerana memukul guru,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau ditemui selepas selepas perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi UMNO Kedah.

Mengulas lanjut, Mahdzir berpandang­an terdapat banyak faktor yang menyebabka­n seseorang bertindak di luar kawalan termasuk pengaruh teknologi maklumat dan persekitar­an.

“Pengaruh-pengaruh ini berbahaya terutamany­a dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia boleh menyumbang kepada berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti kes murid pukul guru ini,” katanya.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, seorang guru wanita mengalami keretakan jari tangan selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pela- jar tingkatan dua.

Pelajar tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur oleh guru berkenaan kerana menggunaka­n katakata kasar di dalam kelas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTINDAK TEGAS: Ahmad Bashah (tiga kiri) memasukan keris pada Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Kolej MARA Kuala Nerang, semalam.
— Gambar Bernama BERTINDAK TEGAS: Ahmad Bashah (tiga kiri) memasukan keris pada Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Kolej MARA Kuala Nerang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia