Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu mengaku tidak bersalah angkut rokok tidak bercukai

-

MIRI: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mengangkut barangan tidak bercukai iaitu rokok bernilai RM715,200.

Jong Chun Ang, 30, telah didakwa mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan dihukum di bawah Seksyen 135 (1) (iii) (aa) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan yang diangkut atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh mengangkut barangan tidak bercukai iaitu rokok bernilai RM715,200 menggunaka­n sebuah lori bernombor pendaftara­n QMR63xx dengan niat untuk mengelak cukai impot seperti dikehendak­i di bawah Perintah (Larangan Import) Kastam 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.30 petang, 9 November 2015 di Jalan Miri Port.

Terdahulu, pegawai pen- dakwa Nasaruddin Shebli yang juga merupakan Penolong Pengarah Kastam Sarawak memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 29 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM50,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia