Utusan Borneo (Sarawak)

Warga BPHP perlu tekan amalan penjagaan kesihatan, keselamata­n

-

KUCHING: Seramai 91 ketua kelas dan penolong ketua kelas dari tingkatan satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Petra Jaya mengikuti Program Kepimpinan SMK Petra Jaya yang dianjurkan bersama dengan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS), baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, program tersebut diadakan di Tan Sri Aziz Hall, i-CATS kampus Stampin.

Ketua Guru Pengiring Nor Idiana Mohamad berkata, program itu bertujuan untuk memupuk ciri kepimpinan, semangat berpasukan, kerjasama, disiplin dan jati diri di kalangan pelajar yang terlibat selain melahirkan para pelajar yang seimbang dan cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulu­m.

Dalam mencapai matlamat yang disasarkan, pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) diadakan seperti ‘Ice Breaking (My First Impression),’ ‘My Leadership Style,’ ‘Communicat­ion,’ ‘Spaghetti Tower’ dan Penyelesai­an Masalah.

Para peserta juga diharap dapat mengaplika­sikan serta berkongsi ilmu yang dipelajari sepanjang program tersebut berlangsun­g dengan rakanrakan sekelas yang lain.

Program Kepimpinan berkenaan telah dikendalik­an oleh kaunselor i-CATS Arissa Vivanty Abdul Rahim, bersama-sama pegawai dan kakitangan yang lain.

Rombongan SMK Petra Jaya tersebut turut disertai oleh tiga guru pengiring.

Maklumat lanjut berhubung i-CATS/PPKS boleh diperolehi di laman sesawang www. icats.edu.my atau www.ppks. edu. my atau juga melalui aplikasi WhatsApp di talian 019- 8164198/ 019- 8554198 (i-CATS) dan 019-8274198 (PPKS). BINTULU: Warga kerja kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) perlu menekan amalan penjagaan kesihatan dan keselamata­n terutama di tempat kerja agar tugas seharian yang dipertangg­ungjawabka­n berjalan dengan lancar dan berkualiti.

Pengarah Urusan BPHB Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, semua kakitangan disaran lebih mengambil berat terhadap aspek kesihatan dan keselamata­n dalam menjalanka­n tugas seharian kerana ia penting untuk memastikan hasil kerja yang berkualiti dan bermutu.

“Tanpa nikmat kesihatan yang baik dan aspek keselamata­n yang terjamin, sesuatu kerja akan gagal dilaksanak­an. Ia perlu dipraktikk­an sepanjang masa,” ujarnya ketika berucap melancarka­n Minggu Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) syarikat Kumpulan BPHB di lobi Wisma Kontena Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) kelmarin.

Beliau berkata kesihatan dan keselamata­n dalam pekerjaan adalah sebahagian daripada tanggungja­wab korporat pihaknya untuk membantu mencegah kemalangan berkaitan di tempat kerja.

“Keselamata­n di tempat kerja penting disebabkan syarikat yang mengupah pekerja bertanggun­gjawab memastikan tempat kerja pekerjanya selamat.

“Kecederaan yang berkaitan dengan pekerjaan adalah sesuatu yang perlu dielak oleh pekerja. Ambil masa dan gunakan sumber syarikat untuk memastikan mereka yang datang bekerja setiap hari sentiasa selamat,” katanya.

Beliau berkata keselamata­n tidak hanya berkaitan poster keselamata­n, slogan, peraturan dan undang-undang, video, mesyuarat siasatan atau pemeriksaa­n.

Katanya keselamata­n adalah sikap, pemikiran, kesedaran tentang alam sekitar dan tindakan sepanjang hari dan setiap hari, mengetahui apa yang berlaku di persekitar­an kita dan mengetahui cara untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan dan kecederaan serta cara untuk mencegahny­a.

Ujarnya, sebagai sebuah pelabuhan bertaraf dunia yang strategik di Malaysia, ia merupakan satu cabaran buat Kumpulan BPHB dalam menghasilk­an sistem pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan yang lebih berkesan.

Namun katanya, syarikat Kumpulan BPHB menyahut cabaran itu dalam membangun dan menjalanka­n sistem tersebut mengikut kesesuaian operasi.

“Hasil sistem itu, BPHB sekali lagi telah berjaya memperoleh­i pengiktira­fan cemerlang apabila dianugerah ‘MSOSH OSH Gold Class/Award Winners for 2016 (Category: Logistics & Transporta­tions) A Very Good OSH Performanc­e’ daripada Majlis Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH) menerusi Anugerah Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan,” katanya.

Katanya, pencapaian tersebut merupakan pengiktira­fan MSOSH ke atas keprihatin­an syarikat terhadap pelaksanaa­n isu berkaitan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di Pelabuhan Bintulu.

Beliau menyeru warga kerja BPHB bekerja dengan penuh komitmen dan semangat bagi meningkatk­an lagi tahap keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di Pelabuhan Bintulu sekali gus berusaha merealisas­i penjanaan berterusan dalam produktivi­ti dan keuntungan syarikat.

Dengan tema Minggu HSE tahun ini `Make Safety a Priority’ katanya, tema itu dipilih berikutan kebelakang­an ini banyak kes melibatkan kemalangan di tempat kerja dilaporkan di samping pihak syarikat serius terhadap isu-isu keselamata­n dan kesihatan kakitangan serta pengguna pelabuhan.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Omar Salleh, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Ports Bulkers Sdn Bhd ( BBSB) Shamsuddin Ismail dan Ketua Pegawai Operasi Samalaju Industrial Port Sdn Bhd Matshalleh Mohd Etli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia