Utusan Borneo (Sarawak)

Rombongan IPDN Kampus Kal-Bar lawat, kenali lebih dekat i-CATS

-

KUCHING: Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) menjadi tuan rumah kepada rombongan Institut Pemerintah­an Dalam Negeri (IPDN) Kampus Kal-Bar yang terletak di KM 11.5, Jalan Transkalim­antan, Pontianak, barubaru ini.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, rombongan seramai 24 orang tersebut terdiri daripada lapan kadet putera dan sembilan kadet puteri serta tujuh pegawai yang diketuai oleh Bapak Dedy Suhendi.

MenurutBap­akDedySuhe­ndi, lawatan IPDN ke i-CATS bertujuan untuk mengenali i-CATS dengan lebih dekat terutama kursus-kursus yang ditawarkan selain berkongsi pengalaman dan pengetahua­n yang boleh memberi manfaat bersama antara kedua-dua institusi tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif i-CATS Mohamad Isham Fauzi berkata, lawatan tersebut membuka peluang kerjasama dalam pelbagai bidang, antaranya, Program Pertukaran Pelajar dan Kakitangan, kajian penyelidik­an dan sebagainya.

Pada hari kedua lawatan, para pelawat diberikan tak- limat mengenai i-CATS yang disampaika­n oleh Pengarah Akademik i-CATS Dr. Leo Sing Lim.

Selesai taklimat, rombongan IPDN kemudianny­a dibawa melawat ke sekitar kampus yang terletak di Jalan Stampin Timur itu.

Rombongan berkenaan kemudianny­a dibawa melawat ke kampus Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) di Tabuan Jaya.

Sambil meninjau persekitar­an PPKS, pelawat-pelawat tersebut diberikan penerangan mengenai pelbagai kursus kemahiran dan teknikal yang ditawarkan.

‘ Automotive and Welding Institute of Sarawak’ (AWISAR) yang merupakan salah sebuah institusi latihan kemahiran dibawah PPKS merupakan destinasi lawatan yang tidak dilupakan.

Di AWISAR yang terletak di Taman Perindustr­ian Demak Laut, kadet-kadet IPDN itu turut didedahkan kepada kursus automotif dan kimpalan yang dijalankan.

Selepas itu, rombongan juga diberi penerangan mengenai kursus Ijazah Sarjana Muda dengan kerjasama IUKL di dalam e-Dagang dan Kejurutera­an Perisian yang dis- ampaikan oleh ketua program dan ketua jabatan masingmasi­ng.

Sepanjang tempoh lawatan sambil belajar tersebut, rombongan IPDN turut mengikuti bengkel ‘Communicat­ion & Presentati­on Skills’ yang dikendalik­an di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya oleh Pengurus Kanan, Perkhidmat­an Korporat Kumpulan PPKS Stanley Gona.

Di akhir bengkel, setiap peserta diminta untuk berucap di dalam bahasa Inggeris secara spontan.

Selain aktiviti-aktiviti yang berbentukf­ormaldanak­ademik, program lawatan sambil belajar tersebut turut diisi dengan pelbagai aktiviti santai.

Pada sebelah petang dan malam, rombongan IPDN telah dibawa melawat ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai dan pelancong seperti pusat beli-belah, tempat bersejarah dan banyak lagi di bandar raya Kuching.

Maklumat lanjut berhubung PPKS/i-CATS boleh diperolehi di laman sesawang www. ppks.edu.my atau www.icats. edu. my atau juga melalui aplikasi WhatsApp di talian 019- 8274198 ( PPKS) dan 019- 8164198/ 019- 8554198 (i-CATS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia