Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU anjur pra-APOC 2017 di Pustaka Negeri 23-27 Ogos

-

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak dan kerajaan negeri akan menganjurk­an ‘Pre-Asia Pacific Orchid Conference’ (APOC) 2017 dari 23 hingga 27 Ogos ini bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, di sini.

Menurut Datuk Bandarnya Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, penganjura­n pra APOC itu merupakan persiapan kepada penganjura­n ’Asia Pacific Orchid Conference’ Ke-13 yang akan berlangsun­g pada 2019.

“Kita (Sarawak) telah mendapat pengiktira­fan dalam bidaan bagi menganjurk­an persidanga­n APOC pada 2019 dan selari itu, kita akan mengadakan pra APOC sebagai langkah persediaan kita menganjur acara berprestij ini.

“Selain persidanga­n, pelbagai aktiviti menarik dan berinforma­tif berkaitan telah disusun atur dan direncanak­an kepada para peserta persidanga­n itu kelak,” ujarnya pada sidang media mengenai APOC 2017 yang berlangsun­g di Bilik Seminar Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak di sini, semalam.

Jelasnya, majlis perasmian pra APOC 2017 akan disempurna­kan oleh isteri Ketua Menteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang pada Khamis, 24 Ogos ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang berlangsun­g pra APOC 2017 ialah Pertanding­an Fotografi Orkid, Pertanding­an Landskap Orkid, Pertanding­an Gubahan Orkid, Persidanga­n Orkid, Bazar Makanan, Bazar Pertanian dan Hortikultu­r, ’Orchid Walk’, Bengkel Pertanian Subur, Pertanding­an Mewarna Orkid Kanak-Kanak, Pertanding­an Memancing dan banyak lagi.

Abdul Wahap mendedahka­n, Persidanga­n Orkid bersempena pra APOC 2017 pula akan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah iaitu pada Jumaat, 25 Ogos ini.

Bagi persidanga­n tersebut, jelas Abdul Wahap, pihaknya menyasarka­n seramai 120 peserta akan menyertai persidanga­n.

”Sekarang kita telah menerima seramai 90 penyertaan, bagaimanap­un kita menyasarka­n seramai 120 peserta akan hadir.

”Antara yang ikut serta ialah pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT), malah kita juga menerima penyertaan daripada luar negara,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkenaan pra APOC 2017 dan APOC 2019, bolehlah menghantar e-mel ke alamat apoc2019@dbku.gov.my atau layari laman sesawang www. apoc13.com.

Turut hadir Penganjur Bersama Au Yong Kien Chung, Pengarah DBKU Jumaini Haili, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Pembanguna­n dan Landskap DBKU Durie Austine Tinggie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia