Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan laluan darat Miri-Mulu akan wujud lebih banyak peluang pekerjaan

-

MIRI: Pembinaan laluan darat Miri-Mulu akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting.

Jelasnya, keadaan jalan baik turut menggalakk­an penyertaan aktif penduduk dalam industri pelanconga­n.

“Cadangan pembinaan jalan bukan hanya membantu membuka Taman Negara Mulu kepada pelancong tempatan dan antarabang­sa tetapi memberi manfaat kepada penduduk daripada aspek ekonomi dengan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing tentang pentingnya pembinaan jalan ke taman negara.

Ting dalam kenyataan medianya kelmarin menganggap cadangan Masing adalah tepat pada masanya.

Beliau yang juga setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) berkata, kepentinga­n laluan darat Miri-Mulu telah disuarakan oleh beliau pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) pada November 2016.

“Selain penting untuk pelancong asing, jalan ini memberi manfaat kepada penduduk tempatan bukan sahaja dari Miri tetapi juga Limbang, Lawas, dan negara jiran, Brunei Darussalam,” katanya.

Daripada aspek logistik, jalan boleh dibina sehingga jeti sungai berdekatan kampung dan di luar sempadan taman negara.

Jeti boleh dikendalik­an kakitangan taman yang menyediaka­n kemudahan seperti tempat letak kereta, kafe, tandas dan kedai menjual produk tempatan.

Dari jeti jelas Ting, pelancong hanya dibenarkan memasuki kawasan taman menggunaka­n pengangkut­an air sekali gus melindungi alam semula jadi di taman daripada kemasukan kenderaan dan asap.

“Sudah tentu kita juga perlu mengambil langkah melindungi persekitar­an semula jadi dan tidak membiarkan ekopelanco­ngan merosakkan­nya demi keperluan dalam pembanguna­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia