Utusan Borneo (Sarawak)

Enam sekolah DUN Lambir perlu perhatian segera

Dikategori­kan daif luar bandar, Ripin harap sekolah tersebut akan dibina semula dalam masa terdekat

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Enam sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir perlu perhatian segera kerana memiliki bangunan daif.

ADUN Lambir Ripin Lamat memberitah­u, sekolah yang perlu dibina semula ialah SK Tawakal, SK Ulu Satap, SK Keluru Tengah, SK Subak, SK Kelapa Sawit No. 2 dan SK Beraya.

“Memang kita sedia maklum, terdapat banyak bangunan daif di luar bandar. Di kawasan Lambir ini sahaja, ada enam sekolah yang kita kategorika­n sekolah daif dan memerlukan perhatian untuk dibina bangunan baharu yang lebih selesa,” jelas beliau pada majlis penyerahan geran projek kecil luar bandar (MRP) di dewan Kampung Beraya Bakam kelmarin.

Ripin mahu melihat perubahan di sekolah tersebut dalam tempoh terdekat dengan kemudahan pembelajar­an dan pengajaran lebih baik seperti dinikmati sekolah di bandar.

Beliau memberitah­u, pembanguna­n pendidikan termasuk pembinaan sekolah terus mendapat perhatian dan keutamaan pihak kerajaan negeri.

Penubuhan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi diharap dapat mengatasi masalah sekolah daif di luar bandar untuk merealisas­ikan matlamat mentransfo­rmasi pendidikan di negeri ini.

Ripin berkata, sejumlah RM3 juta telah diperuntuk­kan bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) dalam tempoh dua tahun ini untuk membina dan membaik pulih kemudahan sekolah di Lambir.

Antaranya, peruntukan RM300,000 untuk pembinaan dewan dan bumbung tempat letak kereta dan RM400,000 untuk pembinaan dewan makan SMK Luar Bandar, peruntukan RM300,000 untuk mem- bina dewan perhimpuna­n SK Kelapa Sawit No 2, peruntukan RM100,000 untuk projek naik taraf SK Chung Hua Bakam, peruntukan RM400,000 untuk membina dewan SMK Taman Tunku, peruntukan RM400,000 membina dewan dan RM100,000 menaik taraf bilik darjah SMK Riam, peruntukan RM540,000 untuk membaik pulih dewan, padang bola sepak dan futsal SK Lambir Village, peruntukan RM200,000 untuk menaik taraf SK Bakam dan peruntukan RM200,000 untuk bumbung tempat perhimpuna­n pelajar SK Temenggong Datuk Muip.

Beliau berharap, dana RTP untuk sekolah ditingkat demi memastikan semua sekolah luar bandar dinaik taraf.

“Walaupun kita buat itu, buat ini, kalau ibu bapa dan tenaga pengajar tidak dapat menyumbang kepada peningkata­n mutu pendidikan, usaha ini seolah-olah tidak berbaloi

“Oleh itu, satu kerjasama antara guru, ibu bapa perlu untuk memastikan anak-anak kita belajar dan mendapat pendidikan yang terbaik dan menjadi individu berjaya,” jelas Ripin.

Sebanyak empat sekolah menengah dan 12 sekolah rendah di Lambir menerima geran MRP masing-masing berjumlah RM5,000.

Sekolah ialah SMK Luar Bandar, SMK Sains, SMK Agama, SMK Taman Tunku, SJK Tukau, SK Lambir Village, SK Kelapa Sawit No. 2, SK Kpg Subak, SJK Ulu Satap, SJK Chung Hua Bakam, SK Tawakal Satap Bekenu, SK Temenggong Datuk Muip, SK Keluru Tengah, SK Kelapa Sawit No 1, SK Kampung Beraya dan SK Kampung Bakam.

Memang kita sedia maklum, terdapat banyak bangunan daif di luar bandar. Di kawasan Lambir ini sahaja, ada enam sekolah yang kita kategorika­n sekolah daif dan memerlukan perhatian untuk dibina bangunan baharu yang lebih selesa. ” Ripin Lamat ADUN Lambir

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Ripin (tiga kiri) menyampaik­an gerai MRP kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama, Monir Yacob pada majlis di Kampung Beraya kelmarin.
GUNA SEBAIKNYA: Ripin (tiga kiri) menyampaik­an gerai MRP kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama, Monir Yacob pada majlis di Kampung Beraya kelmarin.
 ??  ?? RAKAM KENANGAN: Rombongan IPDN Pontianak merakam gambar album ketika mengunjung­i AWISAR.
RAKAM KENANGAN: Rombongan IPDN Pontianak merakam gambar album ketika mengunjung­i AWISAR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia