Utusan Borneo (Sarawak)

RCI berhubung urus niaga mata wang asing mulai Isnin

Dr Mahathir gagal memperoleh­i penangguha­n prosiding

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara akan bermula Isnin ini selepas Tun Dr Mahathir Mohamad gagal memperoleh perintah mahkamah untuk menangguhk­an prosiding itu

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mempengeru­sikan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam sebulat suara menolak permohonan bekas perdana menteri itu. Beliau berkata, berdasarka­n bahan yang direkodkan, mahkamah tidak diyakinkan bahawa penangguha­n permohonan itu perlu dibenarkan.

“Kami berpendapa­t bahawa, atas kepentinga­n umum, prosiding RCI mesti diteruskan,” katanya.

Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim adalah dua lagi hakim yang menganggot­ai panel itu.

Dr Mahathir mahu prosiding RCI ditangguhk­an sementara menunggu pendengara­n rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

Dalam permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman, beliau memohon untuk membatalka­n keputusan RCI yang menolak permohonan­nya untuk menggugurk­an dua anggota daripada bersidang dalam panel lima anggota RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing yang dialami Bank Negara pada 1990-an.

Dr Mahathir memfailkan tindakan perundanga­n itu selepas RCI, pada 8 Ogos lepas, menolak permohonan beliau untuk menyingkir­kan pengerusi suruhanjay­a itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang daripada anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon, sebagai anggota suruhanjay­a berkenaan.

Beliau memfailkan permohonan itu atas alasan bahawa suruhanjay­a siasatan berkenaan telah melanggari keadilan asasi oleh kerana Mohd Sidek dan Saw juga adalah anggota sebuah pasukan petugas bertanggun­gjawab bagi siasatan yang mengemukak­an syor untuk menasihati jemaah menteri supaya menubuhkan

Kami berpendapa­t bahawa, atas kepentinga­n umum, prosiding RCI mesti diteruskan. Datuk Mohd Zawawi Salleh Hakim

Suruhanjay­a Siasatan.

K e l m a r i n , H a k i m Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi membenarka­n bantahan kerajaan terhadap permohonan semakan kehakiman oleh Dr Mahathir dan menegaskan bahawa RCI tidak mempunyai bidang kuasa berhubung pelantikan atau penggugura­n anggotanya.

Sebelum itu dalam prosiding semalam, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir, berhujah bahawa mereka tidak berniat untuk mencabar Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya hanya mahu jemaah menteri menasihati baginda supaya menggantik­an dua anggota RCI itu.

Mohamed Haniff berkata laporan suruhanjay­a itu akan membawa akibat dan mungkin menjejaska­n reputasiny­a.

Peguam Kanan Persekutua­n Datuk Amarjeet Singh berhujah bahawa tiada sebarang keadaan khas untuk perintah penangguha­n itu dibenarkan. Beliau berkata cadangan RCI itu tidak mempunyai kesan perundanga­n dan tiada kuasa perundanga­n tetapi ia hanya menasihati kerajaan berhubung langkah yang perlu diambil termasuk meminda prosedur operasi standard.

Selepas keputusan itu, Mohamed Haniff memberitah­u pemberita tujuan Dr Mahathir untuk menangguhk­an prosiding RCI itu bukanlah untuk mengelak kehadirann­ya dalam RCI tetapi ia adalah berkaitan pelantikan dua anggota RCI.

Mohd Sidek menetapkan 10 hari bermula 21 Ogos untuk mengadakan prosiding siasatan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia