Utusan Borneo (Sarawak)

Program Rehiring, 3+1 tidak akan disambung

-

PUTRAJAYA: Program Rehiring dan Program 3+1 untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak akan dilanjutka­n selepas tempoh pelaksanaa­n berakhir 31 Dis ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata pendirian tegas itu diambil sebagai ingatan kepada PATI dan majikan agar tidak mengambil mudah terhadap peluang yang diberikan melalui kedua-dua program tersebut.

“Kita tidak mahu sikap sambil lewa atau tunggu hingga saat akhir yang mereka tunjukkan semasa pelaksanaa­n pendaftara­n E-Kad baru-baru ini berulang.

“Mereka boleh lakukannya lebih awal tetapi sengaja tunggu saat akhir, namun dalam hal Rehiring dan 3+1 ini, kita tegas dan tidak akan berkomprom­i,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuna­n setia berjasa jabatan itu di sini semalam.

Program Rehiring merujuk kepada Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati yang berkelayak­an manakala 3+1 ialah program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahka­n PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa sebelum pulang ke negara asal.

Mustafar berkata seramai 493,145 PATI telah didaftarka­n oleh 132,805 majikan untuk Program Rehiring sejak 15 Feb 2016 hingga kelmarin yang mana daripada jumlah itu, 129,000 daripada mereka telah berjaya dalam permohonan masing-masing.

Beliau berkata pelaksanaa­n Program 3+1 pula menyaksika­n 36,102 PATI diusir keluar dari negara ini tahun ini.

Mengenai Op Mega EKad, beliau berkata operasi yang dimulakan sejurus permohonan pendaftara­n kad sementara itu berakhir 31 Jun lepas telah membawa kepada penahanan seramai 8,886 orang, melibatkan 8,662 PATI dan 224 majikan.

Beliau berkata operasi penguatkua­saan, penahanan dan pendakwaan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan sasaran kesemua 400,000 hingga 600,000 PATI yang masih bebas dapat dit- adbir jabatan tersebut.

Dalam pada itu, Mustafar berkata beliau akan bertemu dengan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif pada Selasa depan bagi membincang­kan mengenai perjalanan Mahkamah PATI, antara lain bagi membolehka­n lebih banyak perbicaraa­n diadakan berbanding hanya sekali seminggu yang dilaksanak­an di depoh tahanan ketika ini.

“Perkara itu perlu diberi perhatian bagi mengelak kesesakan berlaku di depoh tahanan berikutan kekerapan operasi dan bilangan PATI yang ditahan ketika ini,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n Jabatan Imigresen telah memperoleh­i kebenaran daripada Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk mengambil 500 kakitangan baharu minggu lepas bagi memperkasa­kan lagi pengoperas­ian jabatan itu di pintu masuk utama negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BULAN MERDEKA: Mustafar melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan bersempena Bulan Kemerdekaa­n pada majlis Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BULAN MERDEKA: Mustafar melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan bersempena Bulan Kemerdekaa­n pada majlis Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia