Utusan Borneo (Sarawak)

Pesalah AES digesa segera jelaskan saman, elak tindakan mahkamah

-

PUTRAJAYA: Pesalah trafik yang dikenakan saman menerusi Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) sejak 15 April lepas digesa menjelaska­n saman tersebut bagi mengelakka­n tindakan mahkamah.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata ini susulan persetujua­n kerajaan agar pesalah trafik yang ingkar menjelaska­n saman AES terbabit dihadapkan ke mahkamah.

“Mereka yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan kompaun RM150, dan jika gagal untuk membayar dalam tempoh tertentu tindakan mahkamah akan diambil dan berdepan hukuman denda tidak melebihi RM2,000… lebih baik bayarlah kompaun itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan JPJ dan majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­ann (MoU) antara JPJ dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK), Kementeria­n Sumber Manusia di sini semalam. Katanya, buat masa ini saman yang dikeluarka­n AES merangkumi dua jenis kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Mengulas mengenai pemasangan AES yang mengambil gambar dari arah belakang kenderaan, beliau berkata kaedah itu hanya digunakan di sesetengah tempat mengikut kesesuaian lokasi.

“Bila kita mengambil gambar sebegitu, kita boleh melihat model dan nombor pendaftara­n kenderaan dengan lebih jelas,” katanya menambah kini terdapat 21 kamera AES yanng dipasang di kawasan-kawasan panas yang sering berlaku kemalangan di seluruh negara, Mengenai rombakan perjawatan dalam jabatan itu, Nadzri berkata perkara tersebut adalah proses biasa dalam mana-mana jabatan termasuk JPJ.

“Pada saya tidak ada masalah untuk meletakkan pegawai berkelayak­an mengisi jawatan- jawatan tersebut kerana pegawai JPJ kebanyakan­nya mempunyai kemahiran pelbagai peringkat dan Insya- Allah Jabatan Perkhidmat­an Awam akan menyelesai­kan kekosongan tempat di JPJ secepat mungkin,” katanya.

Berhubung MoU yang dimeterai semalam, Nadzri berkata JPJ dan JPK akan mengadakan kerjasama dalam pembanguna­n modal insan bagi bidang pengangkut­an jalan melibatkan proses membangunk­an Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan kurikulum latihan yang tertakluk di bawah kuasa JPJ.

“Menerusi MoU ini juga akan dilaksanak­an Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Akademi JPJ/Pusat Bertauliah, Latihan Dual Nasional, Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu kepada personel yang dikenal pasti oleh JPJ seperti penguji pemandu dan pengajar pemandu,” katanya.

Selain itu antara bidang utama lain dalam kerjasama itu adalah mendaftar personel yang mahir dan berkelayak­an dalam Direktori Pakar Industri Negara berdasarka­n kelayakan yang ditentukan oleh JPJ dan pertauliah­an program latihan bagi NOSS yang melibatkan bidang kuasa JPJ,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ULAS: Nadzri pada sidang media selepas majlis Perhimpuna­n Bulanan JPJ di Kementeria­n Pengangkut­an dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama ULAS: Nadzri pada sidang media selepas majlis Perhimpuna­n Bulanan JPJ di Kementeria­n Pengangkut­an dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia