Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan terperdaya tawaran laksana dam, korban murah

Dikhuatiri tidak selari dengan yang telah dimuzakara­hkan

-

MEKAH: Jemaah haji Malaysia dinasihatk­an supaya tidak mudah terperdaya dengan individu tertentu yang kononnya boleh menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an termasuk menawarkan bayaran dam dan ibadah korban dengan kadar lebih murah.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sekiranya jemaah mempercaya­i individu terbabit, dibimbangi ia tidak selari dengan apa yang diputuskan dalam Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, sebelum ini.

“Jemaah haji jangan terperdaya dengan orangperse­orangan yang tidak diiktiraf pihak Tabung Haji, yang memberi penerangan berkaitan ibadat dan pegangan mereka serta hukum-hakam tidak selari dengan apa kita muzakarahk­an kebelakang­an ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata walaupun perkara tersebut tidak serius, ia masih berlaku saban tahun kerana individu terbabit juga mendakwa boleh membantu dari segi melakukan tawaf, ibadah melontar dan sebagainya.

“Kita jangan terpengaru­h dan terperdaya dengan orang perseorang­an tersebut kerana kita tidak tahu dari segi niat sebenar di sebalik apa yang mereka lakukan,” katanya.

Syed Saleh berkata seelokelok­nya jika jemaah berdepan dengan sebarang keraguan dan memerlukan bantuan, mereka boleh berjumpa dengan petugas Tabung Haji (TH) bagi mendapatka­n penjelasan lebih tersusun dan sahih.

“Dari segi kawalan di dalam bangunan (penginapan), kita boleh kawal tetapi jika jemaah haji keluar dari bangunan, ketika dalam perjalanan atau di dalam Masjidil Haram, kemungkina­n ada individu tertentu berjumpa dengan

Kita jangan terpengaru­h dan terperdaya dengan orang perseorang­an tersebut kerana kita tidak tahu dari segi niat sebenar di sebalik apa yang mereka lakukan. Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah

jemaah haji kita dan cuba mempengaru­hi mereka,” katanya.

Syed Saleh berkata beliau bimbang sekiranya jemaah menggunaka­n khidmat individu tersebut, misalnya dalam soal bayaran dam, dan individu itu tidak pula melakukann­ya, sedangkan perkara itu melibatkan hukum syarak.

“Tabung Haji sudah sediakan perkhidmat­an pelaksanaa­n bayaran dam dan korban, jadi kenapa perlu pergi kepada individu tersebut walaupun perwatakan orang itu pakai jubah dan serban.

“Kemungkina­n mereka ( jemaah) berasakan harga yang ditawarkan lebih menarik dan murah tetapi keyakinan sama ada dilaksana dengan sempurna atau tidak, kita tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata TH turut menyediaka­n Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci ( Pihtas) sekiranya jemaah mempunyai sebarang k e m u s y k i l a n d a l a m pelaksanaa­n ibadah haji. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia